Tuesday, July 31, 2012

Hello Augustus !


Tak sabar nak raya . Tak sabar nak bermaustatin kat tempat baru . Tak sabar nak buat kenalan baru .
Tak sabar nak masuk belajar . Tak sabar nak kejor cita-cita. Tak sabar nak timang anak . Ok yang last tu aku tipu ! kihkihkih

Sama ada sedor ke idok nye , dah  masuk bulan ke 8 pon ni dalam tahun 2012 . Juli dah jadi sejarah semalam . Lu orang azam tahun ni dah tercapai belum ? Aku sudah . buat pertama kali dalam hidup tu. Hehe. Habis takkan nak tunggu Disember bagi salam dulu . Sedangkan nak tunggu hari esok muncul pun takde jaminannya. Masa tak pernah tunggu sesiapa . Kau lambat,kau tertinggal , kau terlepas, kau rugi . Itu aturannya . Belajar berlari terus mengejar , donia ni takde tempat unggul untuk orang yang baru nak merangkak .
Allahuma yassir wa laa tu'assir . "Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulit"

Thursday, July 26, 2012

Estraneo #2


Di sekeliling ku adalah satu kotak atmosfera yang sangat asing
Di hujung nya aku nampak satu cahaya
Cahaya itu memantulkan satu bayang-bayang
Pelan-pelan retina ku mengecil, membundar
Cuba mengamati satu susuk figura yang sejajar dari arah sana 
Melambai -lambai kearah ku
Aku mahu mengejar tapi kaki ku kaku,keras
Dan susuk itu mulai kabur , makin menjadi halimunan,
Sepertinya aku kenal lelaki itu . . .

Tangan aku mulai sejuk
Ahhh apakah semua ini ?
Tak semena-mena  cahaya itu muncul kembali
Ini sekali lagi harapan palsu apa
Tapi kali ini susuk tubuh itu datang bersama karpet terbang (huh)
Seraya itu lembut tangannya menggapai  jemari ku
Dia berbisik , katanya mahu membawa aku lari sebentar dari dunia nyata
Aku senyum .
Ya sememangnya aku kenal lelaki itu

Hai Encik Aladdin !   

Monday, July 23, 2012

Di Suatu Petang yang Petang

Itu hari plannya nak pegi bukak puasa kat luar . Dengan sorang teman. Kami ambik keputusan nak buat lawatan bagi habuan ke mata dulu dengan singgah bazaar, sebelum melabuhkan punggung di sebuah kedai makan biasa-biasa saja untuk berbuka . Kedai makan tepi laut gitu .Amek feel jadik Marimar dan Sergio kejap .kihkihkih.Sekali sekala makan besar apa salahnya ye dak ? Disebabkan terlalu khusyuk singgah dari satu ke satu gerai di bazaar ramadhan,mencari pulut udang yg paling lazat katanya di situ ,Kami sampai di kedai makan dah jam tujuh . Jam tujuh baru nak order haa bayang-bayangkan lah . Rata-rata meja kat situ dah didiami pengunjung . Adehhh, ini dah kes kronik. Gamaknye dah silap timing . Nak masuk pekan balik alamatnya mamat sebelah ni bukak puasa ngn asap dulu la. Oh sungguh tidak afdal , pasti aku takkan biarkan itu berlaku.
Aku terus pilih siakap bersaiz  paling ‘comel’ , ya comel . Comel itu istilah utk fizikal yg agak gempal-gempal gitu bukan.Paling sihat la orang kabor. Siakap 3 rasa , kailan ikan masin , sotong goreng tepung. Dipendekkan cerita azan pukul 7.30 lebih kurang , yg kat sini order tak sampai-sampai lagi . Pulut udang memang penyelamat . Nak marah pon dah silap sendiri , time cenggini la nak aplikasi kan istilah S A B A R . Alih-alih 8.40 baru order sampai . Dengan itu aku berikrar pasni nak makan kat luar timing bagi kena . . . . 

sorang order teh o ais , lagik sorang teh ais gelas besar. yang tu pesen tamak haloba 

Saturday, July 21, 2012

Datangnya Di nanti


Percaya tak kalo aku kabor di tipikal-tipikal kampong melayu dah ada kedengaran bunyi mercun ?
Makcik pakcik naik moto pegi surau dah mula melatah dengar bunyik bom kerdil.
Situasi  janggal malam-malam didatangi jerebu bom bola .
Masjid malam-malam saf dah mulai penuh.
Rancangan tivi mula ditakluki program resipi kuih-muih raya
Bila mana radio pelan-pelan dah mula pasang lagu Allahyarham P Ramlee  dan Ahmad Jais .
Syahdu. . . .

Dalam ruang legar pikiran dah nampak kek batik , air soya , air tebu ,ayam golek , keli bakar,nasi kerabu . Lebih klasik agar-agar kaler merah . Mak aihhh . Antara menu wajib . Nikmatnya bazar Ramadan  hanya Tuhan yang tahu . Ada rama-rama terbang dalam perut dah ni. Kihkihkih. Sabar. Takkan  lari lauk pauk itu dikejor .
Setiap Ramadhan , ada ceritanya sendiri bagi aku . Bagi kalian entah la cemana gamaknye ye.
Anak bulan dah kelihatan . Menandakan kedatangan bulan mulia . Dah namanya bulan mulia aku pun bermuhasabah diri sikit . Taknak cemarkan kemuliaan nya dengan entry bahasa jahanam .
Yang penting bila Ramadan je semua orang pesan topup pahala..Ya tipikal. Tak mengapalah . Yang penting nawaitu tu ada ye dak ? Tinggal nak laksana terus istiqamah . Ececece !

Prinsip aku satu je, jiwa rabak ke,jiwa kacau ke,jiwa taiko ,jiwa ganas, jiwa puitis, jiwa jiwang , bab agama no kompromi. Seminima-minimanya jangan sampai orang tanya, “Lu ni Islam ke kafir ?” Renung-renungkan dan selamat beramal ~ tipikal quote lagi..takpelah,layan je layan.

Salam Ramadan kalian !
p/s:Takde blogger nak buat event bukak posa berjemaah ke ? Nak kasi nama ni 

Wednesday, July 18, 2012

Estraneo


 Orang kabor waktu mustajab sekali berdoa satu pertiga malam . Aku bertekad nak menunggu ke detik tengah malam  . Ada perkara yang ingin aku hajati .Tengok siling kelihatan dua ekor cicak.  Aku tak gemar spesies cicak ni. Cicak suka buat onar,pesen masuk rumah orang buat macam tandas awam.
Tukar scene .
Pandang langit . Oh. Suram malam ini . Angin menderu pun seperti kebiasaan sahaja . Tiada yg istimewa . Tiada kunang-kunang penyeri malam .
Seperti aku juga . Sekadar orang biasa dan aku mahu kekal biasa.
Sedikit sibuk dengan di siang hari, malam pun apa kurangnya , sibuk merangkai mimpi.
Tak sabar memulakan perjalanan baru , tapi dengan hati sikit berdebar ni , banyak juga yang menjajah ruang legar pemikiran.
Aku sebolehnya tidak mahu menjadi asing . Asing dalam dunia fantasi yang aku dambakan di mana akhirnya ia bertukar rupa menjadi realiti. Tidak , aku bukan seorang penakut . Aku harus mampu menempuhinya.

Yang aku tahu esoknya aku mahu capai beg silang lusuh itu. Tshirt seringkas mungkin . Mari jalan-jalan . Kosongkan minda .



*Estraneo-asing

Sunday, July 15, 2012

Di Suatu Pagi yang Pagi


Pagi itu aku bangun . Lafaz syukur di bibir . Pagi ini jugak aku bangun,seperti kebiasaan yg lain. Tetapi entah kenapa playlist boleh terplay ke lagu Suratan Takdir – Gersang . Jangan pandang enteng , lagu melayu djaman dulu kala adalah yang terbaik yang pernah aku dengar . Apatah lagi bila Manbai sebagai vokalisnya .

Tidak mengambil sandwich atau untuk gaya lebih Melayu nasik lemak , sebagai jamah di waktu pagi . Aku langsung bukak laptop. Otak ni perlu diisi sesuatu . Ya apa sudah terjadi dengan dunia belog ?

Pertama aku baca entry penulis kesayangan aku yg mana aku kuciwa dengan buku beliau hari tu . Ouh , sedang putus cinta rupanya .
Mengucapkan tahniah ke seorang penulis baru , dan sapaan itu tiba-tiba dibalas ! gulppp .
Belek pulak entry baru Zahiril Adzim. Nice. Ini betul-betul entry beliau paling aku suka selepas puisi untuk isteri beliau .
Terlalu banyak orang kabor kan perihal Fared Ayam , beliau takde belog kah ? Dah baca buku ‘STABIL’ ?

Cukup la 'ringan-ringan' untuk otak awal pagi ini . Boleh lah bergerak cari sarapan yang sebenar .

Friday, July 13, 2012

In Persona #2


12/7/2012 , 10.27 malam
Baru sampai rumah. Nak tido dah tak boleh .Gelisah . resah . esok orang nak masuk meminang. Ouh ya . Aku baru beli sebuah buku indie ni. Tulisan orang-orang kita jugak . Ingat nak baca bagi kurang sikit debor  hati . Baca punya baca , urghhh.ni yang aku kurang gemor ni . Bukan calang-calang orang penulisnya , ilmu di dada sangat tinggi , femes lagi , tapi sayang , si polan ni masih menghukum orang melalui pemakaian .Kalau mula aku nak beli buku ni , aku pun menghukum awok melalui kulit buku ni cemana gamak rasanya ye ?   Aku geleng kepala . tak mengapa , teruskan pembacaan .

13/7/2012 , 11 pagi
Mual rasanya . Tido pun tak lena. Baca buku tu sampai habis , jelas skali aku kecewa . Beliau penulis kegemaran aku tetapi ..ahhhhh. Tengok jam . Gagahkan diri bukak laptop . Masuk pautan laman web ni . Time ni jugak system nak jammed . lahaiii . . . aku malas nak buat entry hentam system dah. Cuba berulang kali memasukkan number i/c  dan . . . .senyum .mata mulai panas.
Syukur Tuhan , Kau Maha Mendengar. Bachelor ekonomi ! awal September nanti.

hai Serdang !

Monday, July 9, 2012

cursing ***** hospital



Berbaki sisa panas hati yg masih membahang ni , mulut dah terkumat kamit , jemari pun mula main peranan.
Straight to the point, apa masalah dengan hospital government ni haa ?
Ini bukan pertama-tama kali aku kena layan macam pendatang asing kat negara sendiri .
Servis lembap tu biasa la , bukan sorang je pesakit kan. Ya itu aku paham .
Silap bagi ubat? itu bukan isu baru .
Aku nak kabo ,membe aku ni dulu dia atlet , kemain lagi acara pecut dia la ratu . Satu hari kaki dia terseliuh .
Pergi la ke hospital sekian-sekian ni untuk check , doktor pun bagi lah ubat .
Dia makan kaki takda pun sembuh-sembuh . Seminggu kemudian pegi balik rupanya dokter silap kasi tanskrip, rupanya tu ubat sembelit !
Tolong la ada la sikit kualiti dalam tingkah laku , ini tidak , tabiat dah kot mengherdik pesakit.
Yang aku baru kena tadi diherdik –dimaki oleh seorang doktor wanita atas sebab yg tak relevan katanya aku tak sihat-sihat asyik kena jumpa dia sebab tak reti nak dengar nasihat dia .Hari tu cakap lain,hari ni bunyi lain pulak, lagi pon tu memang tugas kau kan doktor ubat kan orang sakit !
Buat main –main je kan layan pesakit . Aku takda la pulak mengeluarkan fatwa yang hospital swasta tu bagus sangat yang amat-amat bagus akan tetapi setakat sekarang ni aku lagi puas hati ke hospital swasta.
Respons kengkawan aku bila aku ungkit isu ni ,

“minggu ni 2 kes dah mcm ni.. member aku ayah dia eksiden, hantar hosp gov, depa tak layan.. teruih anta swasta..”
“can't agree more. tp kt sabah sarawak, hospital kerajaan sana layan mcm hospital swasta sini. seriously.”
“susah nak ckp. mental org government kt sini quantity gaji over quality keje.”

Mungkin sebab hukum alam memang macamtu.
Bila kita terpaksa keluarkan lebih duit untuk sesuatu , hasilnya lebih bernilai dan berkualiti dari benda-benda free dan murah.
Memang semua orang buat salah dan silap , tetapi soal nyawa manusia bukan kau boleh buat pertaruhan .