Monday, April 30, 2012

r a s a



Malam itu sungguh gelap
namun tetap indah dihiasi
sinaran sang bulan dan bintang
Siang juga tidak selalunya cerah
Namun mentari takkan selamanya bersembunyi
Begitu juga hidup ini
Ia tidak slalunya indah..
Tp yg indah itu tetap wujud tatkala datang nya kehadiran seorang teman
Hadirnya membawa seribu satu rasa tak terluah dek kata-kata
Melihatmu tersenyum , kebahagiaan terbesar buat ku
Melihat mu berduka , menjadi luka ku yang paling dalam
Apakah kau turut merasakan ini
Lantas ku hadirkan sebuah persoalan  
apa maksud rasa itu padamu ?


Thursday, April 26, 2012

road to nowhere


Entry kali nie tanpa emosi

Ngantuk betul hari ni. Beberapa hari ni aku buat part time jadi cat woman. Kira malam-malam tue tak tido la. pegi menolong apa yg patut. Tolong apa? Tolong member siapkan esaimen . Biasa la jenis buat kerja last minute, time tu baru nak terhegeh-hegeh dgn final yg dh menjelma, tu makan dia .
Huahhhhh!  *menguap sambil telan popcorn. 

Nak kasi tahu sikit la engko orang , setelah setahun berhempas pulas , memerah keringat , menyibukkan diri dengan benda-benda perihal education ni ,final pon tanpa diminta –minta datang menjelmakan diri ,of course dalam bentuk papers kalau dalam bentuk pampers ke boleh gak aku kasi ke anak saudara aku tue pakai . aku dah gelabah puyuh apa benda mau tulis ke skrip jawapan tu dan hasil otak aku yang separa geliga ni tamat jugak pengajian aku. 





Bertemu dan berpisah tu adat la.
zaman tadika dulu kau pergi tadika ikat rambut ala-ala sailormoon last-last kau berpisah jugak dengan teman sepermainan Barbie, batman ,goku ,  kau tu.
Masuk sekolah rendah mula-mula menangis bagai nak rak, *kecuali aku. Jenis takde emosi di zaman kecik.
In the end habis upsr sekolah ke mana apa ke mana gak .

Tapi bila masuk zaman sekolah menengah boleh la kau sifat kan sebagai satu zaman peralihan .

Zaman kau kenal apa itu erti teman sejati

Zaman kau kenal apa itu backstabber.


Zaman di mana kau cuba mengesahkan teori Darwin tu betol bila-bila timbul bibit-bibit cinta monyet. Padahal kau elok je manusia. 

Biasa la zaman budak-budak  baru nak up katanya 
Senang cerita macam ni la. Aku nk cakap zaman persekolahan adalah satu zaman yg sangat best. Sebagai seorang peminat zint maka wajib la aku merasa zaman persekolahan aku best atas sebab musabab hidup aku yg macam K O Queen kat sekolah. Hidup dgn member-member. Engko orang jangan nak pikir aku nie jenis kaki pau, pembuli tegar atau kaki tuang sekolah pulak. I mean hidup bahagia aku bersama teman-teman, melepak seperti gadis yang lain . Aku juga pernah merasa zaman tangkap cintan dengan senior sambil tersenyum sipu-sipu puyuh acap kali terselisih. Malu betul bila kenang balik. Macam bangang. 

Zaman muda belia zaman kegemilangan purba kala makin dikenang makin bongkak pula aku nanti baik jangan start bukak cerita. Bukan apa sedari diri ni takla baik mana ,lagi nak semai sifat mazmumah yg lain pulak makin hitam kang hati pelangi aku ni nanti. Tapi tak kesah mana,yg berlalu biarkan berlalu. Ecehhh. Tak biasa aku buat ayat geli – geli serupa ini. Dan itu satu lagi perpisahan yg kasi tamparan hebat ke aku. Berpisah ngn teman sehidup semati yg pasti bukan sekubur. Aku ni budak hostel ,lagi kan namanya SBP so 5 tahun tu adalah yg paling bermakna dalam hidup aku. Dan itu kisah dulu.
And now finish with my foundation in accounting .

Sekali lagi perpisahan yg melanda. Lelah la.Mat indon cakap ,gua udah capek banget . aku malas nak emosi lebih-lebih nanti kau orang ingat aku bukak slot akasia versi blog pulak. . Hurmmm ! *lap airmata. Ehhhh lap peluh. Panas betul hari ni.  . . 

Farewell I’ll miss you all , im sick of this goodbye .

Harap-harap dapat offer letters yg best2 kot ye pun nk further studies nanti kan. Buatnya sambung studies kat oversea aku tak menolak. Cuma mohon Tuhan ketemukan aku dengan teman yang baik-baik seperti mana aku dah dapat sebelum ni.  *tadah tangan cepat aamiin kan untuk aku. I said, please.

Bercakap tentang masa depan aku sungguh berdebar menanti kemunculannya. Kali ni nak menjelma dalam bentuk apa pulak? Mohon dalam bentuk gula-gula kapas. manis sikit nak telan  ye dak. 

Tired and lonely still we stand
On a road to nowhere
Trapped in a world of endless days,
My engine's stalling (Road to nowhere)
Body and mind are breaking down
On a road to nowhere
Destiny silent, hear no sound
As I wait forever...


Baik aku nak ciao dulu. teringat pulak yang aku kemain lagik ber cat woman tue bukan apa, sempena mood avengers . sebut pasal avengers ada dua benda buat lintas langsung ke otak aku .
Avengers – movie yg bapak best sedang main kat wayang sekarang
Avengers – mesti semua avengers tak sabar nantikan kemunculan avenged sevenfold nanti kan. Me too !

Sunday, April 22, 2012

musicalità


Aku dan music player  nie dah macam kembar siam versi tak masuk akal.Hari-hari aku tak boleh hidup , macam lalok pon boleh jadi kalau tak dengar lagu. Nak study dengar lagu, bangun pagi pasang lagu , tinggal time lepak-ing je kot yang tak dengar lagu bagai ni dengan beranggapan itu dah melanggar  tatasusila dan etika melepak bersama teman-teman. Maunye aku dicop jenis yang tak reti bersosial nanti tak ke terasa lifeless lagi restless hidup ni. Aku ni pulak azali jenis minah yang bapak feelings bila dengar lagu-lagu nie terutama lagu-lagu yg ada sentimental value gitu.Jadi tak dapat pulak la aku nak bayangkan tengah melepak di kedai mamak tiba-tiba terpasang lagu celine dion boleh meleleh aku kat situ. Tak ingin dilabel sbg makhluk jiwa-jiwa jadi elok la aku dengar lagu kena pada tempatnya ,ye dak.

Aku takde spesifik kan sangat la jenis lagu yang aku minat , layan je semua asal nyanyian tu bukan lah lagu-lagu jenis lirik direka secara membabi buta, ada yang membabi buta dan kena pada tempatnya, yang out memang out , yang kalau dengar bukan menenangkan malahan lagi membengangkan ada lah. Contohnya aku sangat bersetuju bila saudara Matlufi dengan slumber iguananya condemn lagu berdua bersatu. Aku rasa melody ,rythym nya takde masalah. Mungkin la. tapi liriknya dah macam . . .  ,ok I’ll leave a dot there. Plus aku pulak memang tak terpanggil sangat nak melayan lagu-lagu yang sebegini ni. lantas aku klasifikasi kan lagu tu sbg lagu yang motifnye terumbang ambing , perlu pembaik pulihan lagi.



Bagi aku music itu seni. Gubahan lirik-liriknya yang indah boleh membuai-buai perasaan engko orang tatkala dilamun cinta . Tapi sebaliknya boleh jadi membawa musibah jugak kalau engko orang baru je putus cinta ,tup tup bukak radio pulak lagu – lagu serupa cilakak dimainkan. Maksud aku lagu yang salah timing dgn mood engko orang.
Macam bila kau baru je kena dump ,gara-gara sang kekasih khianat , terkantoi (dan lagu zee avi mula terdengar di ruang fikiran ) ,bermain kayu tiga , kuda kayu dan sebagainya, alih-alih kau pun buat la drama lari masuk ke kereta ,air mata pun dah mcm empangan pecah,tak dikawal-kawal lagi, bajet bawak kereta tu pun serupa orang dah ilang pedoman ,bukak radio dgn harapan nak tenangkan hati tetiba terputar lah satu lagu 6ixth sense  - tak bisa memilih dirimu,ouh man ! Kau tukar channel, damn, everytime –britney spears. Memang la sangat mencabar kesabaran dan keimanan diri . aku tahu ,aku paham sangat dah.  . .
time tu terasa ada betiknya kata-kata Yuna.
 
“dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku ,pabila kau bersama yang lain”

Sebab tu aku cakap gubahan lirik tue seni terindah. Kadang-kadang  dari real life pncipta lirik yang boleh jadi dekat sangat dengan kehidupan kita. Bukan la tahyul atau mitos tapi masuk akal jika aku cakap kalau kena pada  lagunya dan bait-bait liriknya,lagu  tu sendiri macam speak out apa yg tak terluah oleh hati kita. Macam aku sendiri, sedari diri nie takdela berbakat seperti  David Hodges atau JS Kevin atau Ahmad Dhani.Tapi kekadang aku selalu bermain dengan lirik untuk expresskan apa yang aku rasa.
Itu bagi akulah. Tentang muzik dan kehidupan . Muzik itu seni . Bagi engko orang amacam pulak?

Musicalità – melodic quality,musicality ,tentang muzik dan sesuatu

Saturday, April 21, 2012

ready - steady - GO !




Petang yg boleh tahan sunyi jugak. Hari ini seperti hari-hari yang biasa. Disebabkan aku tengah menghadapi final sekarang. Jadual hidup aku berubah ke arah study-tido-makan.

Dan online. Dan bertwitter. Dan berblogging. Ceh,nie apahal lagi final lagi aku rajin nk mengupdate blog ni.

Aku rasa hidup ni makin lama makin boleh tahan. Boleh tahan dalam konteks menduga,mencabar.
Dan aku pulak semakin matang, semakin memahami norma  hidup ni.
Bila macam kita gembira,kita happy ramai yang berada di sisi. Tapi bila masa kita jatuh . . . .
Tetap akan ada orang menyambut !  Cuma mungkin tak seramai yang menemani ketika kita dilanda kegembiraan tu lah. Dan mengenai hidup aku. Aku rasa aku dalam kategori yang patut bersyukur jugak. Sebab hidup aku sentiasa dipenuhi gelak tawa aku dan member , dan masalah keretakan hubungan kekeluargaan  mahupun “rumahtangga” sendiri tak pernah pulak la menghantui aku.  About happiness im close to 99.9 % happy !

Cuma terciptanya blog ni. . . bila masa aku menghadapi beberapa perkara yang aku rasa out of control, yang aku tak boleh nak kawal, yang aku overwhelmed ngn emotions gila-gila. Aku luah kat sini. Dengan cara aku sendiri. Aku harap dapat bertemu rakan-rakan baru di blog aku yang keempat nie. Aku tau ada yang pernah masuk blog aku yg lain-lain tapi mesti tak cam aku siapa kan kat sini. Memang aku taknak siapa-siapa tau tentang aku pun. Tapi blog-blog korang yang aku masuk,yang aku suka masuk ,aku sedang mengusahakan bloglist . Aku suka membaca dan menulis. Sebab aku rasa dengan cara tu aku beroleh kekuatan.
 
you want and you get that is luck,
you want and you wait that is time,
you want and you earn that is ability,
you want but you compromise that is life.

Ok nak sambung dengar lagu theory of a deadman-so happy . chalo.