Friday, June 29, 2012

jimba malam minggu

Hari minggu hari berpeleseran buat muda-mudi
Hari berehat buat sang bekerjaya
Hari tanpa tensi  buat kanak-kanak
Untuk aku ?
Sama . hari aku menyusun mimpi-mimpi yang tak berkesudahan
Kebiasaanya aku lagi sukar melakar mimpi di malam minggu
Selepas habis berlibur , *muda mudi telah ku katakan tadi bukan
Kerana malam minggu entah apa yang memanipulasinya
Hinggakan terasa sungguh panjang waktu dipinjamkan Tuhan
Selama mana pun waktu berputar ia tetap sama
tidak pernah mampu mengubati rasa haus akan rinduku
dan waktu itu terus berjalan dan mengalir terus seperti air
 Mahu kau turuti sekali ? 



Tuesday, June 26, 2012

spell H-A-P-P-Y


Tahu apa itu erti bahagia ? Moh la aku nak kabor ke kalian (: 


***
“Tahun baru ni kau ada buat azam baru tak ?”
Soal Shah tiba-tiba.
“Mana ada . Kau pun tahu aku mana main azam-azam baru ni. ”
Shah mula menyambung.
“ Ada 1 tahun ni aku buat azam baru tau . Aku berazam yg tahun tue aku nak bahagia je memanjang, hepy, no stress ! Tahun tue jugak la banyak benda-benda yg tak syok jadi kat aku . “
Aku biarkan Shah memadamkan puntung rokoknya ke dalam tempat abu rokok yg Mak Non  berikan tadi sebelum dia menyambung cerita . . .
“Lepas tu baru aku sedar , bahagia ni sebenarnya benda yg kita dah ada . Bukan benda yg kita cari . Kalau kita terus cari benda tu , maksudnya benda tu kita tak ada .”
Aku mengangkat tangan macam budak sekolah nak tanya soalan pada cikgu .
“Apahal ?” tanya Shah macam tak puas hati .
“Cikgu , saya tak paham !”
“Aish susah aku ngajar murid bengong ni ” ujar Shah sekaligus mengenakan aku .
“Bahagia ni sebenarnya benda yg dah sedia ada pada diri kita . Kita tak payah nak cari . Bila kita dok sibuk cari tu maknanya  kita tak cukup puas hati dengan apa yg ada kat diri kita .Pernah dengar cerita satu saudagar kaya dan pengemis miskin ? ”
Aku mengeleng .
“Ada satu saudagar kaya ni dia berjiran dengan seorang pengemis miskin. Hari-hari dia dihadapkan dengan makanan yg sedap-sedap tapi ada saja yg dia tak puas hati dengan makanan dia tu . Si pengemis miskin ni pulak hari-hari makan roti kering ,tapi bau makanan yg best-best dari  rumah jiran ni buat dia berselera makan walaupun Cuma roti kering . Alih-alih si pengemis miskin ni badan sihat walafiat yang si saudagar ni pulak badan kurus kering .”
“Paham?”
Dan aku pun menjawab ,
“Saya tau cikgu ! Maksudnya asal kita cukup bahagia dengan apa yg kita ada ,kita boleh bahagia ,” 
 ***                          
Diolah dari sumber : Novel Kelabu by Nadia Khan


Dan aku rasa aku sudah menemukan bahagia tu . Dalam diri aku sendiri . Kemudian baru aku nampak mereka yg sudah lama setia berada di sisi . Dan kemudian aku belajar menghargai . Tak perlu tercari-cari lagi -

Thursday, June 21, 2012

senza paura



Hidup ini tak bagi kau banyak pilihan
Tak banyak masa percuma yang kau ada
Hari ini kau persiakan satu nikmat yang hadir
Esok-esok kau tumpah air mata darah 

Padam istilah serik dalam hidup
Andai tak mampu melangkah,tak mampu merubah , tak mampu menjengah
bersemadilah  kau dalam kepompong
Hingga  trompet sangkakala  ditiup

Maka dalam hidup  kena berani
kau berani pun kau mati
Kau takut pun kau mati

*senza paura - fearless

Tuesday, June 19, 2012

E.U.R.O 14th Edition



Sembang E.U. R. O

Sekian lama ber-hiatus , aku kini kembali .
Pfff . 

Rentetan entry yg sebelumnya kemain lagik kan aku ckp bekerjaya bagai. (Part time sementara nk sambung belajar)
Tu la riak sangat . Bawak sifat mazmumah masuk entry lagi kan dah kena bala . Orang utagha cakap ,sembang kemaihhh tak mau jatuh . last-last tersungkuq apaaa tak bolehhhh .
Setelah sebulan berkhidmat dengan jayanya , gaji pon dah dapat.Cukup la buat isi poket sementara nak sambung belajar ni aku pon dengan penuh rasa rendah diri, cabuttttttttttt !
Boleh la aku layan kejohanan berprestij selepas world cup anjuran UEFA nie , EURO tanpa halangan atau risau membuat tahi mata di tempat kerja. OhLala !

Bermula 8 jun hingga sekarang aku masih belum miss satu pon lagi perlawanan . Agak mengecewakan dan menghampes kan buat tuan rumah yg nampaknya pulang awal . Paling tidak pon masuk la semi final ke. Entah bagaimana la perasaaan penyokong tuan rumah ye . Stadium yang ada yang lagi manis dipenuhi peminat tuan umah sendiri lepas ni akan penuh dgn rakyat jelata sendiri tp peminat team-team lain. 
Setakat sekarang pasukan yg berjaya memanfaat kan gelanggang sendiri sbg tuan rumah dr bermulanya kejohanan euro pada 1960 Cuma lah Spain , Italy dan France .

Aku pulak tegar dengan team kesayangan aku , Forza Azzuri !
Not bad la tu dah masuk quarter – final pon. Gila boleh hilang anak tekak aku , stress plus boleh kena minor heart attack mau tengok game kesayangan aku ni. Italy sekarang bak kata kawan-baik-selamanya aku,Akif,*BFF terlalu cliché , Italy ni banyak ayam tua. Rasuah pon banyak , attitude pon macam , aishhh! Dah tak power mcm djaman dulu kala.
Walau pon begitu aku tetap sokong dek kerana dah lama dah pon aku sokong team ni. Number dua most powerful team selepas Brazil , 4 kali juara WorldCup .

Tapi aku tahu ramai yg sokong Espana. La roja. Biasa la tu. Pasukan elit . Johan EURO 2008 dan johan WorldCup 2010 ye dak ?
Kalo world cup kan best, bila Italy kalah boleh jugak aku sokong Argentina. Ni euro , kalah nanti gasak la . Tido je lah.
Memandang kan sekarang game tengah serentak molek la tengok bola kat rumah je, tak lepas rasanya remote control kejap channel nie, kejap lagi channel lagik satu . Mau lepak mamak, takut gaduh masuk TV3 pulak eh gara-gara berebut channel . poorahhhh .

Apa-apa pon aku tetap merindui zamam kegemilangan Del Piero dulu kala . Mujurlah Buffon masih ada , keeper kesayangan tu. Last time aku jatuh hati ke keeper ialah dgn Oliver Kahn (Germany) . 
Mari kita tunggu dan lihat hingga 2 July nanti . Till then ,
keep calm and keep watching EURO .