Friday, August 31, 2012

Gelandangan Masa



maafkan aku sunyi tanpa kata
aku pasti akan kembali
bukan masa itu tidak cukup
bahkan  Ia lebih
namun makin banyak sumbu acara lain aku cucuh-cucuh

aku rindu semua penulisan kamu-kamu

nanti aku datang bertandang lagi
pastikan kamu siap dulang berisi kudapan
menanti aku datang sengih , tumpang tidur ,
di ruang legar kamu-kamu pula


*katakan saja semua  ini sebuah janji
pasti akan aku tepati . heh …

Wednesday, August 15, 2012

Formulasi kuno


Kelmarin  berbuka dan  lepak kejap ngan bebudak sekolah lama . Rindu katanya . Lagi pun dah lama tak berjumpa.
Sedang khusyuk mencanang gossip-gossip baru masing-masing , aku dapat merasakan halus jari jemari mula merayap di pipi aku .

“Woooo, flawless nye makcik kulit engko ! Ape ko guna kertas pasir ke malam-malam gosok ke muka ni , ”
“Siot la . Macam kulit telo gitu . Ni mesti guna Clinique ni Clinique . Takpun facial bulan-bulan . Ko pasang sugar daddy eh sponsorkan ?”
Aku nyaris sembur teh 0 ais yg sedap aku hirup tu ke muka beberapa orang makwe depan aku yakni kenalan aku ketika itu. Menimbang tara dalam pikiran sama itu pujian atau kejian. Tapi pikir tu orang kabir biar positif ye dak. 
Kira
 dalam hati tu kembang kuncup la jugak mak jemah ni kena puji . 

“Hekeleh sedap je menekanye.Kertas pasir la, sugar daddy la. Kulit ko puteh melepak tu takde pulak aku syak ko taruk klorox buat pencuci muka. Ikut petua tok nek aku daaa. Pakai bedak sejuk sudah malam-malam  ,kos rendah , hasil pun , err, korang nilai sendiri,” sambil aku sambung hirup Teh o ais. 

Makwe-makwe itu pon mengangguk-angguk tanda setuju .
Iye , ada benda yang orang tua-tua kabor tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kan.
Ini salah satu misalan terbaik , untuk para makwe yang poket nipis cam aku , beli bedak sejuk , tempek! Korang nak cuba boleh la ye tapi no guarantee bergantung ke jenis kulit. Khas untuk makwe . Raya pon nak dekat . Petua ni petua.

p/s: sekali sekala sembang ringan-ringan kat belog ni . tak  berat sangat nak menafsir ye dak?
 

Tuesday, August 7, 2012

Para Juri Duniawi

Some people are being judgemental .
Manusia ni macam-macam pesen dan pe’el ada kat donia ni . Bila dia jumpa spesies humo sapiens yang punya ciri beda sikit dari dia , mula la nak ushar lain macam . Seolah-olah kau ni ada bibir tapi dia punya paruh .Padahal semacam saja . Itu kalo jumpa bersemuka secara lahiriah,masing-masing nampak .

Tapi pesen mengeji , just nak mengadili dari tulisan semata memang tak adil la kan . Tak mengapa,kalau kau tak suka cara penulisan seseorang , kau tulis pun ada gak orang yang tak suka tu Cuma kau je tak tahu .kihkihkih .Tapi tak perlu ada spekulasi sendiri pulak tentang diri orang tu cemana . Tambah nak mengeji lagi. Tu pasal la yang banyak menyembunyikan identity di belog tu, bukan apa nak berpuitis ,nak berdakwah , nak meroyan kat belog nanti senang .


“Berdasarkan penaakulan aku lah , ushar gambo jenis serabai , letak pulak symbol metal tu , ahh Illuminati la ni .Kompem,kompem.  Pastu ada hati buat entry nak rebel , politik bagai, Puiii ”
“Astagha..budak ni aku tengok muka dah manis dah . Pakai tudung bakhang . Tapi entry semua bahasa maki-makian  dia terer ,ish spoil ah ”
“Lol. Entry islamik kemain . Surah,hadis semua ada . Tapi kepala tak reti nak tutup . Rambut tu rambut ! ”

Jangan mudah sangat nak jatuh hukum . Sisi dalam orang yang kita kenal rapat pun belum tentu kita kenali sepenuhnya,inikan melalui pembacaan semata .Ekspetasi tu biar ada had orang kabor . Ya. Susah nak puas kan hati semua orang . Dan aku , aku tak berada di sini untuk puaskan hati siapa-siapa.

Friday, August 3, 2012

Sisi-sisi Kealpaan


Tuhan jadikan kita punya satu wajah . Buruk, cantik , kacak ,hodoh -  itu tidak pula mendatangkan beza apa-apa .
Rambut sama hitam , hati lain-lain. Perihal hati . Yang memancarkan terus dari dalam lalu  menzahirkan lahiriahnya . Dari situ jugak dari satu wajah yang diberikan Tuhan , mulai muncul beberapa wajah lain . Sifat baru hadir bersama satu wajah baru. Satu empunya diri namun variasi rupa.

Suatu ketika  kau berupa alim ugama , buka tarbiah sana – sini , dakyah itu –ini . Setiap tegahan kau disertai amaran Tuhan  bersama, ”jangan buat , itu haram !
Satu saat kemudiannya ,di situasi yang beza , berhadapan rupa-rupa lain , kau pula lakukan itu -ini ,ukrawi kau tinggalkan sejenak .sempadan halal-haram kau mana?

Lihat saja pada sahabat  .Misalan paling mudah. Sahabat sejati  itu boleh jadi menyenangkan . Jika dia memang benar sahabat .Tapi jangan alpa. ‘Teman, kawan ,rakan’ pula perlu kau kasi perhatian . Kerana dalam banyak orang sekeliling mereka paling hampir.  Tikam belakang , bermuka-muka,hipokrit . Depan kita manisnya bahasa, belakang kita siapa tahu kejian dihamburnya.

 Jadi benarlah cakap-cakap mereka , dunia ini sepertinya pentas lakonan ? Lain wajah ,lain watak . Depan hala lain, belakang hala lain .