Wednesday, October 31, 2012

In Persona #4




"If you ask me how I'm doing I would say I'm doing just fine
I would lie and say that you're not on my mind
But I go out and I sit down at a table set for two 
and finally I'm forced to face the truth....."

I wish I could choose what memories to remember

 

Tuesday, October 23, 2012

Dear God


Setiap orang pasti akan ada seseorang yang mereka kamceng dalam hidup ni
betol-betol ngam orang kabor
dan aku sedang menambah bilangan orang-orang itu
tak ramai yang pesen se-acuan dengan aku
maka dengan itu bila dah jumpa yang sekepala harus la dikekalkan jalinan ukhwah kami
pinjam satu frasa . friend till Jannah boleh ? 

Pernah jugak ditikam. Pesen tikam dari belakang ni memang aku kurang gemor. Sungguh.
Dah la lu lain jantina ngan gua ,pastu main belakang pulak . ehhh . main tikam belakang pulak
lahaiii . hancur luluh hati ...saat kita betol-betol dah anggap dia la kawansampaimati .
Dan untuk itu aku tak tunggu lama untuk sepak keluar terus dia dari hidup .

Jadi berhati-hati lah pilih kawan .
memang kita cuba untuk cari kawan yang sebulu .
tapi percayalah ,
lain manusia lain bulu

Dear God , please hear my prayer..


I will pray for you, my friend.
I will name you in my heart before God and ask all His blessing be upon you.
I will be concerned for your rising and your daily mood.
I will be sympathetic to your personal needs and desires in each day of your
life.
I will wish you well in your learning, or your work, in your domestic round and
your leisure.
I will think of you at the close of each day and pray that God’s peace be with
you.
If you have been especially kind or helpful to me then I will make my gratitude
known to you.
If you are in trouble or difficulty of any kind, or simply tired and worn down, I
will do all and anything I can to lift your spirits.
I will ache for you in your sorrows and disasters and rejoice with you in your
joys and triumphs.
I will love and care for you as I love and care for myself.

to : Encik Cerah Tepi 

Thursday, October 11, 2012

Buaya Mixed-blood


Berada di tempat baru , semuanya terasa baru , padahal dikelilingi bangunan usang . Dan tak menjangka sebenarnya untuk bertemu buaya lagi di tempat sebegini . Meskipon telah aku pesan pada diri , kau kalau nak jumpa buaya bukan kat sungai ,bukan kat zoo je , shopping kompleks pon penuh buaya . inikan lagi bila jalan sorang-sorang nak ketemu buaya ? ahh benda biasa la tu Gadis.

Pertemuan pertama , impressi pertama aku yang jatuh ke dia ialah ,
“Jambu sial romeo , geli . ”
Namun si buaya ini tak pulak putus-putus memberikan sedekah melalui senyumannya itu .
Aku bukan sebarang gadis yang takat leburnya mudah dicapai . Namun aku juga bukan seorang gadis yang kasar , atau sombong , sebaliknya soft spoken gitu dan mesra orangnya. Haha . Lah orang tak percaya kita jumpa depan-depan la baru cakap .

Pertemuan pertama secara kebetulan , hanya dia yang mengetahui nama aku . Kali kedua ketika aku bersama member-member ,sekali lagi kami dipertemukan . Makin rancak nampaknya dia memulakan sesi pengenalan. Dan malam itu juga BB ku berbunyi tapi sayangnya bukan bbm sebaliknya text message. Ok rasanya lagi cool kalau beliau pon BB user kerana mungkin peluang beliau untuk menjalankan misi lebih tinggi .
Baru 2 kali pertemuan boleh pulak nak confess , “saya suka awak “,“awak saya memang ramai ‘kenalan’ perempuan tapi saya terasa nak serius dengan awak .” “awak , kenapa ea ni pertama kali saya rasa betol-betol lain dengan perempuan” , “awak saya akan buktikan yang saya serius”
Aku hanya memandang BB dan tersenyum sinis . Terang-terang dia mengaku sifatnya .
Dan acara memancing atau mengumpan ini berlangsung selama beberapa minggu dan sekarang sudah cecah bulan. Sehinggakan satu pagi aku menerima mesej seperti kebiasaan ,
 “awak,saya rindu awak . ” Lahaiii . memang pesen tak reti nak berputus asa gamaknye.

Dan seperti biasa aku tidak memberi apa-apa reaksi .Hendak dilayan kang dicop kasi harapan pulak ye dak?

Sehinggalah tengah hari itu juga aku nampak buaya yang sama , buaya mixed blood berambut kpop ,sedang mengedate dengan seorang perempuan lain .Bertudung labuh . Amboi ,tukar selera! Agak-agak la bro nak try pon . Rasa cam nak kasi pelempang je.

Saat bertentang empat mata , si buaya dah tak keruan , aku memberikan senyuman paling ‘manis’ sambil berlalu pergi dengan ayat , “Gonna ‘miss’ you too ”.

Tuesday, October 2, 2012

Sengih Kerang

Entri kali ini bertema sempoi . Tiada bahasa gramatis , tiada ayat deep meaning .

Ketika aku sedang menaip entri ini percayalah aku sedang tersengih kerang tahap semaksima mungkin. Letak emoticon sikit la kasi lu orang percaya. Haha! 

Al kisahnya  begini aku nak kabor , aku baru pulang dari bertemu dengan @AisaLinglung . ni tak lain tak bukan gara-gara jelajahlejenfixi yang berlangsung di UPM . Secara kebetulan hari ketiga mereka bukak booth aku menyinggah dan linglung yang jaga booth . dia punya feelings dup dap dup dap saat bertemu empat mata dengan linglung . kehkeh . untuk yang tak kenal Linglung tu sape dan mungkin tengah nganga sambil cengang dengan entri aku ni meh la aku nak kabor dengan lebih terperinci .Beliau ialah
Pembikin buku & Penerbit di lejenpress. Pelejen di IamLejenShop dan  Penulis Buku sperma cinta,jusoh turbo dan sengih kerang .  (copy dari bio tuiter beliau )
Selalunya aku pesen yang malu-malu tahik kucing bila berdepan berlainan jantina ni. Tapi sebaik je nampak brader dengan muka habis indie dan topi di kepala , tanpa membuang sesaat pon detik dan ketika , aku langsung meluru ke arah beliau dengan senyuman melebar dan melontarkan ayat dalam nada paling lembut , ulangan , nada paling lembut, bukan nada cinta , cittt .

“Linglung ea ? ”

Dan pertanyaan itu tidaklah dijawab bahkan hanya disambut dengan senyuman mesra sambil beliau menggannguk sedikit tanda soalan serkap jarang aku tu  benar bukan auta. Fuhhh … Risau jugak tadi kalau-kalau  salah orang kang dituduh meroyan di tempat awam pula ye dak. Aku pun teros mengeluarkan buku “sengih kerang” hasil contengan beliau dan meminta beliau menurunkan sain . Dan beliau masih lagi tidak berkata apa-apa melainkan hanya sedekah yang tak putus-putus yakni senyuman tanpa henti. Sehingga la beliau menyakan nama aku untuk dicatat sebelah sain kehormat beliau itu .
Tapi beliau punya senyuman mak aihhhhhhh , bikin gua melting . Itu jam kalo aku tak ingat dia tu laki orang memang aku berkira-kira nak menempek di booth tu untuk jangka masa yang lebih panjang . haha. Gurau je kak vee !

nama sebenar Miss Klanika terpaksa dihitamkan. yang penting sainnn tu ! dan buku ni memang lejen . Tak rugi beli .


Aku rasa kami berdua punya persamaan sedikit . Pesen muke dalam gambo tampak ganas tapi bila berdepan , hehe , so sweet je orangnya . Nak nak lagi si miss klanika ni . soft spoken gituuuu . kihkih.
tak percaya ? baik , jumpa di event #SoreSenorita .
 Jangan sampai bila bertemu ‘muka ke muka’ lu orang pulak yang melting sudah

p/s: memang teringin ke acara sore senorita tapi tak ada teman . haiihhh.