Tuesday, June 26, 2012

spell H-A-P-P-Y


Tahu apa itu erti bahagia ? Moh la aku nak kabor ke kalian (: 


***
“Tahun baru ni kau ada buat azam baru tak ?”
Soal Shah tiba-tiba.
“Mana ada . Kau pun tahu aku mana main azam-azam baru ni. ”
Shah mula menyambung.
“ Ada 1 tahun ni aku buat azam baru tau . Aku berazam yg tahun tue aku nak bahagia je memanjang, hepy, no stress ! Tahun tue jugak la banyak benda-benda yg tak syok jadi kat aku . “
Aku biarkan Shah memadamkan puntung rokoknya ke dalam tempat abu rokok yg Mak Non  berikan tadi sebelum dia menyambung cerita . . .
“Lepas tu baru aku sedar , bahagia ni sebenarnya benda yg kita dah ada . Bukan benda yg kita cari . Kalau kita terus cari benda tu , maksudnya benda tu kita tak ada .”
Aku mengangkat tangan macam budak sekolah nak tanya soalan pada cikgu .
“Apahal ?” tanya Shah macam tak puas hati .
“Cikgu , saya tak paham !”
“Aish susah aku ngajar murid bengong ni ” ujar Shah sekaligus mengenakan aku .
“Bahagia ni sebenarnya benda yg dah sedia ada pada diri kita . Kita tak payah nak cari . Bila kita dok sibuk cari tu maknanya  kita tak cukup puas hati dengan apa yg ada kat diri kita .Pernah dengar cerita satu saudagar kaya dan pengemis miskin ? ”
Aku mengeleng .
“Ada satu saudagar kaya ni dia berjiran dengan seorang pengemis miskin. Hari-hari dia dihadapkan dengan makanan yg sedap-sedap tapi ada saja yg dia tak puas hati dengan makanan dia tu . Si pengemis miskin ni pulak hari-hari makan roti kering ,tapi bau makanan yg best-best dari  rumah jiran ni buat dia berselera makan walaupun Cuma roti kering . Alih-alih si pengemis miskin ni badan sihat walafiat yang si saudagar ni pulak badan kurus kering .”
“Paham?”
Dan aku pun menjawab ,
“Saya tau cikgu ! Maksudnya asal kita cukup bahagia dengan apa yg kita ada ,kita boleh bahagia ,” 
 ***                          
Diolah dari sumber : Novel Kelabu by Nadia Khan


Dan aku rasa aku sudah menemukan bahagia tu . Dalam diri aku sendiri . Kemudian baru aku nampak mereka yg sudah lama setia berada di sisi . Dan kemudian aku belajar menghargai . Tak perlu tercari-cari lagi -

45 apprezzamento ♧:

ghost writer said...Reply To This Comment

dipendekkan lagi cerita, yang penting kita ada benda nak makan, dari langsung takde ape nak makan.


ingat lirik lagu ni; 'badanku kurus bukannya kurang makan' wacha!

ghost writer said...Reply To This Comment

aku suka cara kau mengolah cerita. nais!

ayut said...Reply To This Comment

suke kerana pandai bermain dgn kata-kata :) aku juga telah merasa apa itu bahagia.harusnya aku setia dgn apa yg ada di sisi dan tidak akan terus mencari-cari.melainkan ianya masih dlm landasan inspirasi dan kehidupan hakiki :)

izan mama mia said...Reply To This Comment

bagus..teruskan rasa bahagia yg telah lama wujud itu..jgn tercari2 lg..

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@ghost writer dan aku gembira kau masih sudi jengah sini . kumen dr kau amat aku hargai (:

reenapple said...Reply To This Comment

ahhhh.. baru aku tahu itu. Bahagia itu adalahs esuatu yg sudah ada, kita tak perlu mencari sesuatu yg belum lagi wujud dalam hidup kita, cukup sahaja menghargai apa yang kita ada dan ia akan buat kita rasa bahagia.. =)

#dah lama nak cari buku KELABU tu.. huuu.

Asyiqin Haulisah said...Reply To This Comment

kalau masih tercari masih tak rasa cukup. tapi cukup dgn apa bahagia sekarang? bg aku tak, aku masih tak cukup bahagia dgn duduk diam, tak tercari bahagia itu. aku mencari bahagia bila dah dapat aku akan tenang. :)

Eera Shera said...Reply To This Comment

rasa syukur dgn apa yg kita ada buat kita rasa bahagia kan?

suka olahan entri ni..best!

eyjalukman said...Reply To This Comment

nice entry . bahagia sntiasa ada dgn kita . cuma sgalanya terletak d tgn kita , nk kbhagiaan tu ke tak . :)

~SaL IjOu~ said...Reply To This Comment

aku juga sudah menemui kebahagiaan itu..juga dlm diri aku sendiri..aku cuma perlu sedikit lagi waktu utk aku kuat teguh berdiri seterusnya membahagiakan insan2 lain yg amat aku hargai~ =)

p/s : terpaksa tinggalkan blog buat seketika..mungkin hujung tahun nnt muncul lagi dgn entry baru..keep in touch ya~ =)

Mr.Clive said...Reply To This Comment

eee...i have that book!wooohooo!

cendol said...Reply To This Comment

owh nice entry lah. cite mcm best je.
makne nye,once kita bersyukur dgn ape yg kita ada,kita akn jadi bahagiaaa !!!

Bitt (doubleIS) said...Reply To This Comment

agree...ni yg suka follow kawan yg suka baca novel :)

Tasha said...Reply To This Comment

syukur dgn yg ada, insyaAllah bahagia~~~

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Mr.Clive dh baca hbs kw clive ? best kn ceta tue

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Bitt (doubleIS) tapi novel jiwangs tak layan . ehehe

Boni JLL3 said...Reply To This Comment

saya setuju sangat2.. hehehehe

kay_are said...Reply To This Comment

so bahagia sebenarnye memang tak perlu cari sebab dah memang ade, cuma kite kne menghargai r kebahagiaan tu..

Kancil 8349 said...Reply To This Comment

terbaik review cerita

uncHa said...Reply To This Comment

suka entry ni :D

steffany daph said...Reply To This Comment

(: btol2, kalo bahagia tu ada dpan mata, tak usah dicari lagi. belajar bersyukur dan menghargai ia.

Miss Nieyna said...Reply To This Comment

Best cara awak olah certa ni , , suka part yang kita akan bahagia dgn apa yg kita ada . .^_^

Miss Sue said...Reply To This Comment

nice entry ! :') bahagiaa

rerehalim said...Reply To This Comment

duduk Rome? seriously? :O

Lukman Hakim said...Reply To This Comment

aku setuju dengan postingan ini..
I like it..
mencari kebahagian itu bukan dari akibat melainkan dari sebab, baik dari kita sendiri maupun ditempat orang lain..
salam kenal dari saya Miss Sue :)

Telor Power said...Reply To This Comment

terima kasih dtg jengah ke blog hampeh aku tu...

salam kenal2 eh.


selamba badak kata kat anak murid bengong. itu tandanya penyampaian seorang guru masa mengajar tak cukup hebat.

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Telor Power act they are friends . bergurau tue. bkn cegu-student betul.

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@rerehalim org ckp kalo slalu sebut nanti jd kenyataan ~

Telor Power said...Reply To This Comment

oooo....
cis terkena aku

tehr said...Reply To This Comment

Kerana nafsu manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada
Bila berjaya mengawal nafsu, manusia berjaya menemui bahagia yang ada dalam diri sendiri

- pertama kali aku singgah sini dan seronok baca entri ni

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Telor Power haha . relax la (:

are_lin@yu said...Reply To This Comment

cita dari novel?macam best..

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...Reply To This Comment

nice entry;) yup..bhagia tu bila kita hrgai apa yg ada kt sisi kita..dan bersyukur dgn apa yg ada..wlaupun sy blum dikurniakn apa yg sy nk,sy ttap hepi;) ok...fhm dh cikgu;)

Annisa mulia said...Reply To This Comment

Maksudnya asal kita cukup bahagia dengan apa yg kita ada ,kita boleh bahagia..

That part was awesome <3

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

Hi fren..

Nice entry..pandai awak olah ayat..!!

eintan nurfuzie said...Reply To This Comment

mmmm..bgus2

jom undi cik en..header eintan nurfuzie tu ye..
http://jiacreatifelt.blogspot.com/2012/06/segmen-dari-jiakreatifelt-header-dulu_26.html

cikwahidaidris said...Reply To This Comment

mendalam maksudnya :)

thanks for sharing.

Noraim said...Reply To This Comment

sy suka ayat2 awak! nice! :)

Hansyirah Takezur said...Reply To This Comment

bahagia tu sangat subjektif. kadang2 kalau kaya tp nak parking kete pon susah, tak bahagia tu. stress. aha.

Romeo Laut said...Reply To This Comment

Bahagia. Payah nak cakap bab cenggini.

Si Tuyuk said...Reply To This Comment

assalamualaikum =)im follow ur blogggg...

AmyZana said...Reply To This Comment

Malam minggu besttttttt !!

ros maisara said...Reply To This Comment

kalo dah ada motif hidup,bahagia tuh sentiasa ada...

Hanis Razali said...Reply To This Comment

wohaa! buku ni! buku ni! aku baru je entry.hahah femes2.

Hanis Razali said...Reply To This Comment

hahaha aku baru je tahu buku2 ni wujud.kahkah ye.tu specialnye hlovate.aku kne bce dlu lah Fixi2 ni.nk compare dgn hlovate.winkwink