Tuesday, October 2, 2012

Sengih Kerang

entri kali ini bertema sempoi . Tiada bahasa gramatis , tiada ayat deep meaning .

Ketika aku sedang menaip entri ini percayalah aku sedang tersengih kerang tahap semaksima mungkin. Letak emoticon sikit la kasi lu orang percaya .kihkih :D

Al kisahnya  begini aku nak kabor , aku baru pulang dari bertemu dengan @AisaLinglung . ni tak lain tak bukan gara-gara jelajahlejenfixi yang berlangsung di UPM . Secara kebetulan hari ketiga mereka bukak booth aku menyinggah dan linglung yang jaga booth . dia punya feelings dup dap dup dap saat bertemu empat mata dengan linglung . kehkeh . untuk yang tak kenal Linglung tu sape dan mungkin tengah nganga sambil cengang dengan entri aku ni meh la aku nak kabor dengan lebih terperinci .Beliau ialah
Pembikin buku & Penerbit di lejenpress. Pelejen di IamLejenShop dan  Penulis Buku sperma cinta,jusoh turbo dan sengih kerang .  (copy dari bio tuiter beliau )
Selalunya aku pesen yang malu-malu tahik kucing bila berdepan berlainan jantina ni . (kihkih) . Tapi sebaik je nampak brader dengan muka habis indie dan topi di kepala , tanpa membuang sesaat pon detik dan ketika , aku langsung meluru ke arah beliau dengan senyuman melebar dan melontarkan ayat dalam nada paling lembut , ulangan , nada paling lembut, bukan nada cinta , cittt .

“Linglung ea ? ”

Dan pertanyaan itu tidaklah dijawab bahkan hanya disambut dengan senyuman mesra sambil beliau menggannguk sedikit tanda soalan serkap jarang aku tu  benar bukan auta. Fuhhh … Risau jugak tadi kalo-kalo salah orang kang dituduh meroyan di tempat awam pula ye dop. Aku pon teros mengeluarkan buku “sengih kerang” hasil contengan beliau dan meminta beliau menurunkan sain . Dan beliau masih lagi tidak berkata apa-apa melainkan hanya sedekah yang tak putus-putus yakni senyuman tanpa henti. sehingga la beliau menyakan nama aku untuk dicatat sebelah sain kehormat beliau itu .
Tapi beliau punya senyuman mak aihhhhhhh , bikin gua melting . Itu jam kalo aku tak ingat dia tu laki orang memang aku berkira-kira nak menempek di booth tu untuk jangka masa yang lebih panjang . haha. Gurau je kak vee !

nama sebenar Miss Klanika terpaksa dihitamkan. yang penting sainnn tu ! dan buku ni memang lejen . Tak rugi beli .


Aku rasa kami berdua punya persamaan sedikit . Pesen muke dalam gambo tampak ganas tapi bila berdepan , hehe , so sweet je orangnya . Nak nak lagi si miss klanika ni . soft spoken gituuuu . kihkih.
tak percaya ? baik , jumpa di event #SoreSenorita .
 Jangan sampai bila bertemu ‘muka ke muka’ lu orang pulak yang melting sudah . (kihkih)

p/s: memang teringin ke acara sore senorita tapi tak ada teman . haiihhh.

35 apprezzamento ♧:

.FH. said...Reply To This Comment

untungnya miss klanika :D

pepol said...Reply To This Comment

xdpt hadir di sore senorita..

MizzTina said...Reply To This Comment

best giler buku ni..gelak sensorang.. kenala dengan tajuk buku dia, sengih kerang.. :)

Maria Menado~ said...Reply To This Comment

wah seronoknya. peminat tegar lejenpress ni ya. amal hamsan ade buku baru. hehe. da beli? promote kan.. *saya pon tak beli lagi*

conundrum said...Reply To This Comment

phew~ aku penah jumpe die gak time beli buku die...cool saje..bini die lagi sempoi...ahaha

Novelgurl said...Reply To This Comment

haha.amboiih.kemain.

Bitt (doubeIS) said...Reply To This Comment

saya pon pernah meleleh dulu bila tengok org yg kita minat..ngeee

KhaiRin : anies said...Reply To This Comment

amboiiiiiiiii kemain lg!

ana said...Reply To This Comment

hehe..untung la dapat jumpa linglung..

caliph shuriken said...Reply To This Comment

wahh, berjaya dapat sain ^^

Leeza dayasari [santai leeza] said...Reply To This Comment

waaa jumpa linglung....
hiiiiiii

Telor Power said...Reply To This Comment

steady la.....sis

lenjanpress eh.ok noted!

ghost writer said...Reply To This Comment

tuh baru jumpa aisa linglung, lum jumpa robin van persie lagi..mau terus menetap di old trafford.

dah habis baca Ketakutan?

untuk buku aku tuh memang takank letak kat kedai sebab cetakannya terhad. sangat terhad. so, sape cepat dia dapat. :) nak 1000 daya, taknak tak leh kata apa..

boni kacak said...Reply To This Comment

sama la kita... walaupun saya ni kacak, tapi saya sangat pemalu orangnya..hehehehe

Fel said...Reply To This Comment

Aku pun dah jumpa abam Linglung ni. Pakai topi juga, murah dengan senyuman. :) Hehe.

Kancil 8349 said...Reply To This Comment

untungnya

Päk Läng said...Reply To This Comment

ghost tak habis² dengan robin van persie...tahu lah mamat power tu masuk mu...haha

eh, miss klanika tak beli buku 'dabel date' ke? hehe

Nong Andy said...Reply To This Comment

ajaklah saya sebagai teman..

*Tapi soresenoria tu di mana??

Noraim said...Reply To This Comment

alaaa saya nak teman boleh? haha.

syiela said...Reply To This Comment

kemain ye... patut la sengih kerang

LelakiSemalam said...Reply To This Comment

jom la i teman kan u...

Edy Fee said...Reply To This Comment

hahahah kalau salah masuk kepala bawah kain.hehehehhe

ade ke sengih kerang.hahha cmne tu

-meeSUPERGIRL- said...Reply To This Comment

haha.. Knpem bwk smpy kmmpi. .

Suhami Ahmad said...Reply To This Comment

huntung lah...hik hik

Dezee said...Reply To This Comment

Jantung dup dap dup dap ek?heh..XD

Cik Panda said...Reply To This Comment

Hihi! Kamu bertuah! Pernah jumpa linglung dan dia memang sempoi.. Tapi segan nak tegur.

Selamat melejenkan diri! :3

penjajah minda said...Reply To This Comment

errr aku blur.

sigaret perisa kafein said...Reply To This Comment

masih belum terbuka hati untuk beli buku ini. entah kenapa.

*senyum*

Sarah Mohd Saleh said...Reply To This Comment

hihihii...kemain die npk penulis buku tuh.tempek lah sket gmba penulis tu,nak gak tgk ;)

pemuzik jalanan said...Reply To This Comment

Pernah jumpa dia juga. Awal awal dulu.

Dan, takdapat pergi sore senorita juga.

Eh, kita pernah jumpa ke?

aReLaN said...Reply To This Comment

phewwwittt...memang untung habis la.heheh

Pan. said...Reply To This Comment

teringin juga ke sore senorita,dan tiada teman juga. sedih kan

Tinta Lana said...Reply To This Comment

Salam miss. 1st time rasanya ak singgah sini,huik.

Ak tak pernah lgi bace mane2 buku lejen. Fixi je memanjang. Best ke?

Soklan takda kaitan,hek3

Botak said...Reply To This Comment

rasanya makan kerang lagi best., hahaha..

eyjalukman said...Reply To This Comment

tk perasan plak ad lejenpress ni . tp rsanya ad jual2 novel yg klanika prnh tulis kt blog ni . penulis dy mla hruf N kot. lupe . haha ramai gile kot otrg kt booth tu time tuh.