Dalam celah kekalutan , kebingitan , deretan kereta
berpusu-pusu aku lihat sedang mencari jalan keluar dari kesesakan yang
menghadang . Jam sudah menunjukkan jam lima . Aku duduk bersendirian di kota ‘London’
angan ku sendiri .
Beberapa ekor merpati aku perhatikan terbang bebas, sekali sekala singgah di dataran tempat aku mengelamun . Ada bewarna putih , kelabu , hitam .
Sambung melayan perasaan , tiba-tiba aku nampak sebuah van berhenti . Keluar beberapa orang lagi anak kecil dari situ. Kali ini pakaian nya compang camping ,mukanya comot , dan langsung tidak terurus. Tidak seperti anak-anak kecil yang bergembira,yang punya warisnya menemani di situ .
Pandangan telus ku terus bertembung dengan pandangan salah seorang budak perempuan , bertudung hijau kusam . Pelan-pelan dia menghampiriku . Aku kaget .
“Kak , saya lapar sangat . . .nak makan. . . akak , ada seringgit tak ? ”
Aku telan air liur . Bukan macam ni caranya nak bantu orang sebegini. Bagi wang, seringgit ,dua ringgit? Apa dia nak makan . Lebih pada tu aku pon garu poket . . .
“Jom akak bawa adik pegi makan . Tak jauh , kat kedai hujung sana . Nak ? ”
Riak mukanya pantas berubah . Dia mula berundur ke belakang .
“Dulu pun mereka janjikan macam tu . Katanya nak bawa saya makan tapi . . . Tak apa lah kak saya pegi dulu, ”
“Eh adik kejap !”

Sekelip mata budak kecil itu sudah pon berada di
seberang jalan satu lagi . Pelan-pelan dia mulai hilang di celah orang ramai . Dan
aku masih membatu di situ . .
Kejadian ketika
aku mengunjungi salah
sebuah negeri
di utara tanah air
37 apprezzamento ♧:
tu helah sebenarnya. terang2 sindiket tu..
entah aku kurang tertariks utk membantu...
nak bantu takut tertipu.daerah mana tu ?hehehe
kalau nak membantu usah fikirkan takut ditipu..
kerana bantu itu perlukan keikhlasan..
jika ditipu sekalipun, kita sudah mendapat ganjaran kerana keikhlasan.. :)
siannya..sgt x berhti perut r org y buat budk tu cmtu..
stuju dgn pakdin . dlu ad ckgu ckp , jgn prnh rsa was2 bila kita ingin mmbntu . insyaAllah jika kita ikhlas mmbntu,Allah akn beri ganjrannya. jika pihak lg stu menipu,dy yg mnanggung .
kdg2 kesian dgn ank2 kecil ni,dr kecil da pergi meminta-minta.
sama ada dua, dia tertipu, atau kamu yg tertipu..
tapi jika benar anak itu dalam kesusahan, kasihannya kerana bukan salah kita jika takut untuk membantu..
hai kembali, gadis :)
usahh, memang tak leh tengok jenis macam nih, walau nak kate menipu pun, tapi agak tacing juge tengok orang2 macam nih.
Dia pun ada kesusahan sendiri.
barangkali sindekit kot
uihh kesianya budak lg kot, kes sindiket ni.. harap bila aku jumpa ak x membatu sama.
dy takut tu .. kesian budak tu ..
kesiannya. huhu. kagum dgn niat murni awak :)
Kasihan kanak-kanak jadi mangsa.
sekarang ramai yg mudah tertipu...berhati2 la
saya ambik masa tiga saat nak paham. huhu. so touching. kerana orang jahat, orang baik tak dapat berbuat kebaikan. huhu
peristiwa sebenar ker ni.. isyhh bahaya.
mmg ada ajer sindikit mcm ni
even kdg2 tu kesian tgk bdk2 mnx sedekah tp kdg2 rse benggang.pena skali die minx sedekah i tye die mcm2 last2 i xderma kemain beliau nak memaki.pffttt.siap nak sekolah kan i lg.
ndak melayan kalau orang2 macam nie
mak aku cakap bagi je.janji kau niat sedekah.duit tue terpulang pada diorang.itu urusan diorang dengan tuhan.
mungkin ada kisah sebalik ketakutan itu... :D
u r my junior in UPm right? cant wait to meet u tomorrow nite
kisah sebegini banyak diutarakan di blog mazidul akmal sidek..:)
kesian budak tu kecik2 lagi terpaksa meminta...
ada sindiket dok perati depa wt keje tu dekat2 situ...
nak bagi, bagi., taknak bagi, takyah lah bagi., sangat mudah dan memudahkan..
kat seromban pun atok ponah lalui perkaro yang samo...kato omak eh masuk spital....2 3 ari pastu atok jumpo laie cakap x makan laie
kalau saya berada situasi macam tuh memang sya bagi ja..tipu atau x belakang kira.
mana sanggup tgk budaka2 mcam tuh..org tua minx sedekah pun boleh bagi inikan plak budak2
mcm sindiket gunakan kanak2 je. kesian mereka.
dia juga sudah tak punya kepercayaan pada manusia lain. dia cuma percaya pada pemberian bukan tawaran.
hurmmm tatau la nape...tp skrg ni mkin ramai yg minta sedkah...kadang2 jujur edy ckap edy rimas...eps yang dh besar n sihat tubuh badan.. in this case... no komen.hehe sian pon ade
tunjuk ajar kispen? oh lihat kamu sudah boleh menulis. kena selalu berlatih buat kispen yang pendek2 dulu.
ps: tulisan yang datang dari hati, akan ada satu 'jiwa'di dalamnya... iaitu... setiap perasaan kamu tatkala menulis cerita yang kamu karang... terbangun dengan sendiri bila mana pembaca dpt menjiwai cerita kita. (siapalah saya untuk mengajar orang. bukan siapa-siapa)... kita belajar sesama...
apapun kena berhati2...
jaga jaga huhu
hilang?
haaaa bagus jugak cara mcm tu kan...kalau lapa meh bawa p makan..setuju sangat...
Post a Comment