Sunday, September 16, 2012

In Persona #3


Dalam celah kekalutan , kebingitan , deretan kereta berpusu-pusu aku lihat sedang mencari jalan keluar dari kesesakan yang menghadang . Jam sudah menunjukkan jam lima . Aku duduk bersendirian di kota ‘London’ angan ku sendiri .
Beberapa ekor merpati aku perhatikan terbang bebas, sekali sekala  singgah di dataran tempat aku mengelamun . Ada bewarna putih , kelabu , hitam .

Sambung melayan perasaan , tiba-tiba aku nampak sebuah van berhenti . Keluar beberapa orang lagi anak kecil dari situ. Kali ini pakaian nya compang camping ,mukanya comot , dan langsung tidak terurus. Tidak seperti anak-anak kecil yang bergembira,yang punya warisnya menemani di situ .
Pandangan telus ku  terus bertembung dengan pandangan salah seorang budak perempuan , bertudung hijau kusam . Pelan-pelan dia menghampiriku . Aku kaget  .

“Kak , saya lapar sangat . . .nak makan. . . akak , ada seringgit tak ? ”

Aku telan air liur . Bukan macam ni caranya nak bantu orang sebegini. Bagi wang, seringgit ,dua ringgit? Apa dia nak makan . Lebih pada tu aku pon garu poket . . .

“Jom akak bawa adik pegi makan . Tak jauh , kat kedai hujung sana . Nak ? ”

Riak mukanya pantas berubah . Dia mula berundur ke belakang .

“Dulu pun mereka janjikan macam tu . Katanya nak bawa saya makan tapi  . . . Tak apa lah kak saya pegi dulu, ”

“Eh adik kejap !”
Sekelip mata budak kecil itu sudah pon berada di seberang jalan satu lagi . Pelan-pelan dia mulai hilang di celah orang ramai . Dan aku masih membatu di situ . .

Kejadian ketika aku mengunjungi salah
sebuah negeri di utara tanah air

37 apprezzamento ♧:

boni kacak said...Reply To This Comment

tu helah sebenarnya. terang2 sindiket tu..

Lelaki said...Reply To This Comment

entah aku kurang tertariks utk membantu...

FH said...Reply To This Comment

nak bantu takut tertipu.daerah mana tu ?hehehe

pakDin said...Reply To This Comment

kalau nak membantu usah fikirkan takut ditipu..
kerana bantu itu perlukan keikhlasan..
jika ditipu sekalipun, kita sudah mendapat ganjaran kerana keikhlasan.. :)

Anonymous said...Reply To This Comment

siannya..sgt x berhti perut r org y buat budk tu cmtu..

eyjalukman said...Reply To This Comment

stuju dgn pakdin . dlu ad ckgu ckp , jgn prnh rsa was2 bila kita ingin mmbntu . insyaAllah jika kita ikhlas mmbntu,Allah akn beri ganjrannya. jika pihak lg stu menipu,dy yg mnanggung .

eyjalukman said...Reply To This Comment

kdg2 kesian dgn ank2 kecil ni,dr kecil da pergi meminta-minta.

macyhumaira said...Reply To This Comment

sama ada dua, dia tertipu, atau kamu yg tertipu..

tapi jika benar anak itu dalam kesusahan, kasihannya kerana bukan salah kita jika takut untuk membantu..

hai kembali, gadis :)

adam said...Reply To This Comment

usahh, memang tak leh tengok jenis macam nih, walau nak kate menipu pun, tapi agak tacing juge tengok orang2 macam nih.

Dia pun ada kesusahan sendiri.

Telor Power said...Reply To This Comment

barangkali sindekit kot

Aing said...Reply To This Comment

uihh kesianya budak lg kot, kes sindiket ni.. harap bila aku jumpa ak x membatu sama.

-meeSUPERGIRL- said...Reply To This Comment

dy takut tu .. kesian budak tu ..

wawahida idris said...Reply To This Comment

kesiannya. huhu. kagum dgn niat murni awak :)

Felly Sophia said...Reply To This Comment

Kasihan kanak-kanak jadi mangsa.

Nina Mads said...Reply To This Comment

sekarang ramai yg mudah tertipu...berhati2 la

M Fizan said...Reply To This Comment

saya ambik masa tiga saat nak paham. huhu. so touching. kerana orang jahat, orang baik tak dapat berbuat kebaikan. huhu

MalizaMah said...Reply To This Comment

peristiwa sebenar ker ni.. isyhh bahaya.

ch000tz said...Reply To This Comment

mmg ada ajer sindikit mcm ni

Sarah Mohd Saleh said...Reply To This Comment

even kdg2 tu kesian tgk bdk2 mnx sedekah tp kdg2 rse benggang.pena skali die minx sedekah i tye die mcm2 last2 i xderma kemain beliau nak memaki.pffttt.siap nak sekolah kan i lg.

Kancil 8349 said...Reply To This Comment

ndak melayan kalau orang2 macam nie

penjajah minda said...Reply To This Comment

mak aku cakap bagi je.janji kau niat sedekah.duit tue terpulang pada diorang.itu urusan diorang dengan tuhan.

Asrul "iLham" Sany said...Reply To This Comment

mungkin ada kisah sebalik ketakutan itu... :D

trialtodelete said...Reply To This Comment

u r my junior in UPm right? cant wait to meet u tomorrow nite

Unknown said...Reply To This Comment

kisah sebegini banyak diutarakan di blog mazidul akmal sidek..:)

syiela said...Reply To This Comment

kesian budak tu kecik2 lagi terpaksa meminta...

caliph shuriken said...Reply To This Comment

ada sindiket dok perati depa wt keje tu dekat2 situ...

Botak said...Reply To This Comment

nak bagi, bagi., taknak bagi, takyah lah bagi., sangat mudah dan memudahkan..

Unknown said...Reply To This Comment

kat seromban pun atok ponah lalui perkaro yang samo...kato omak eh masuk spital....2 3 ari pastu atok jumpo laie cakap x makan laie

si kiut lavender said...Reply To This Comment

kalau saya berada situasi macam tuh memang sya bagi ja..tipu atau x belakang kira.
mana sanggup tgk budaka2 mcam tuh..org tua minx sedekah pun boleh bagi inikan plak budak2

نورعيم said...Reply To This Comment

mcm sindiket gunakan kanak2 je. kesian mereka.

ghost said...Reply To This Comment

dia juga sudah tak punya kepercayaan pada manusia lain. dia cuma percaya pada pemberian bukan tawaran.

vendoline said...Reply To This Comment

hurmmm tatau la nape...tp skrg ni mkin ramai yg minta sedkah...kadang2 jujur edy ckap edy rimas...eps yang dh besar n sihat tubuh badan.. in this case... no komen.hehe sian pon ade

Bidadari Syurga said...Reply To This Comment

tunjuk ajar kispen? oh lihat kamu sudah boleh menulis. kena selalu berlatih buat kispen yang pendek2 dulu.

ps: tulisan yang datang dari hati, akan ada satu 'jiwa'di dalamnya... iaitu... setiap perasaan kamu tatkala menulis cerita yang kamu karang... terbangun dengan sendiri bila mana pembaca dpt menjiwai cerita kita. (siapalah saya untuk mengajar orang. bukan siapa-siapa)... kita belajar sesama...

Kancil 8349 said...Reply To This Comment

apapun kena berhati2...

Luahan hati said...Reply To This Comment

jaga jaga huhu

tirahzairi said...Reply To This Comment

hilang?

Bitt (doubeIS) said...Reply To This Comment

haaaa bagus jugak cara mcm tu kan...kalau lapa meh bawa p makan..setuju sangat...