Tuhan jadikan kita punya satu wajah . Buruk, cantik , kacak ,hodoh - itu tidak pula mendatangkan beza apa-apa .
Rambut sama hitam , hati lain-lain. Perihal hati . Yang memancarkan terus dari dalam lalu menzahirkan lahiriahnya . Dari situ jugak dari satu wajah yang diberikan Tuhan , mulai muncul beberapa wajah lain . Sifat baru hadir bersama satu wajah baru. Satu empunya diri namun variasi rupa.
Suatu ketika kau berupa alim ugama , buka tarbiah sana – sini , dakyah itu –ini . Setiap tegahan kau disertai amaran Tuhan bersama, ”jangan buat , itu haram ! ”
Satu saat kemudiannya ,di situasi yang beza , berhadapan rupa-rupa lain , kau pula lakukan itu -ini ,ukrawi kau tinggalkan sejenak .sempadan halal-haram kau mana?
Lihat saja pada sahabat .Misalan paling mudah. Sahabat sejati itu boleh jadi menyenangkan . Jika dia memang benar sahabat .Tapi jangan alpa. ‘Teman, kawan ,rakan’ pula perlu kau kasi perhatian . Kerana dalam banyak orang sekeliling mereka paling hampir. Tikam belakang , bermuka-muka,hipokrit . Depan kita manisnya bahasa, belakang kita siapa tahu kejian dihamburnya.
Jadi benarlah cakap-cakap mereka , dunia ini sepertinya pentas lakonan ? Lain wajah ,lain watak . Depan hala lain, belakang hala lain .

50 apprezzamento ♧:
Manusia memang universal. Pelbagai ragam. Tikam belakang, hipokrit itu biasa.
banyak org banyak ragam...jauhi mereka yg beragam2 tuh..hihi
betul!
ade yg talam bermuka muka. ohh penat melayan org mcm ni!
Jangan main belakang
kdg2 yg alim tu xsemestinya alim.kene tgk sisi depan blkng celah die.idup kene stiasa ati2,ambik iktibar ;)
suka :)
aku lagi suka bersendiri . melepaskan semua geram melalui penulisan .
xpayah sibuk2 cerita dengan kawan .
wallahualam ..
biasa la tu asam garam kehidupan.hari ni cakap lain,esok cakap lain pulak.
broad...cume ade seorang je dalam seribu...benci orang ni jgn benci orang tu..
jenis talam dua muka ni sangat berbahaya..
pistol dalam seluar..hahahaha
@cryclown
tah pape badut cembeng ni. aku tembak baru tahu. haha
*miss, biasa la tu adat dunia kan
Dunia memang pentas lakonan. Dan kitalah pelakon-pelakonnya.
Salam Ramadan buat kamu. =]
macam gua jenis malu belakon atas pentas. tolak la camana pun mampus gua tak naik.
tepat sekali. Tapi itulah keindahan manusia yang dijadikan Allah, kalau semuanya baik-baik belaka, tiadalah keindahan cabaran hidup tu.
Bersama mereka itu mungkin perlu.
Tapi menjadi seperti mereka itu tidak...
hati2 =)
salam 15 ramadhan :)
betul tu,kena hati hati,buat baik sampai bila bila kena wat baik,tapi jangan sesekali biar orang pijak kita
tu la dia MANUSIA. takkan pernah sama. masa senang mmg selalu ada. masa susah ha masa tu la baru ada beza Teman, Kawan, Sahabat ke ape segala..
erkk dah mcm pantun pulak aku rase =P
tulah jd cabaran dlm dunia , pilih kwn atau lawan akhirnye.
itu lumrah sis. huhu
dalam hidup ni memang macam-macam kita dapat. tapi apa pun, ambil dari segi hikmah yang kita dapat selepas sesuatu peristiwa. yang buruk dan negatif tu, buat donno je.
dh bosan melayan manusia bertopeng.. kjap cmni, kjap cmtu.. hanya guna ilmu utk kaut harta dunia saja...
manusia mmg gemar menggelar diri sbg malaikat namun enggan malu pula meyakini manusia yg lain bahawa dia juga syaitan...
resam kehidupan...
anyway, thanks...
setuju...hai :)
setuju.. adat resam kehidupan
manusia bertopeng..bermcm rupa..bermcm gaya..harus waspada..jgn sampai terkena~
Rambut sama hitam, cuma dikalernya lain-lain.
nah amik contoh manusia dalam fb,status tulis kemain berdakwah hadis sahih sana sini,.itu haram ini sunat.Kalau tgk real life,.astagha..seperti satan mencarut sana sini.
Lain org lain ragamnya...doakan semoga menjd yg tbaik buat diri mereka. Kdang2 kita xleh sgt nk kutuk2 atau skeptikal kpd org mungkin apa yg berlaku bukan dia sendiri yg nak...kan :)
memang dari dulu pun macam tu, dari sebelum kau percaya yang kebanyakan dari kita hanya patung-patung lakonan.
baa~ CAK!!
itu gunanya kemasyarakatan.. saling tegur menegur...
semua sudah ditentukan.......berserah dan berdoa kepadaNya.......
nak dekat raya nih, maf-maafan je lah...hahaha
haah. betul lah adam kan kan
kan? haha
btul..pilihlah kwn yg btul2 kwn..dan baik biar brpada2, jgn smpai dipijak kpala..huhu...
pelik
biaselah tu.....asam garam kehidupan..
kadang sahabat sendiri lg tahu mcm mana nk tikam belakang kita dgn cara terbaik..
tp biarlah.. fikir psl sndiri ja..selagi diri sndiri bole hidup..
jom kita kawan berdua je.. hehehe
hati ini kejap baik kejap lara...
betul.Hanya Allah pelindung dari segala kejahatan dan kebinasaan.
huhu......
pernah berada dlm situati tikam belakang, tp dalam banyak keadaanya saya yang tikam belakang kawan sy huhuhu...saya jahat, jangan kawan dengan saya huhuu
manusia memang selalu berubah-ubah perangainya.
manusia mmg mcm2 perangai..sbb tu la dunia ni colourful
elakkan kawan yg hipokrik cmtu
tp d sblk perbezaan itulah yg menjadikan manusia itu unik!
p/s jemput empunya blog utk join GA sy ;-)
ye...dunia ini pentas lakonan..
cuma bergantung pada diri sendiri kita nak create watak dalam diri kita macam mana
watak tu dicipta berdasarkan pengalaman yang mereka lalui, bukan melalui skrip. itu yg pasti.
Post a Comment