Wednesday, August 15, 2012

Formulasi kuno


Kelmarin  berbuka dan  lepak kejap ngan bebudak sekolah lama . Rindu katanya . Lagi pun dah lama tak berjumpa.
Sedang khusyuk mencanang gossip-gossip baru masing-masing , aku dapat merasakan halus jari jemari mula merayap di pipi aku .

“Woooo, flawless nye makcik kulit engko ! Ape ko guna kertas pasir ke malam-malam gosok ke muka ni , ”
“Siot la . Macam kulit telo gitu . Ni mesti guna Clinique ni Clinique . Takpun facial bulan-bulan . Ko pasang sugar daddy eh sponsorkan ?”
Aku nyaris sembur teh 0 ais yg sedap aku hirup tu ke muka beberapa orang makwe depan aku yakni kenalan aku ketika itu. Menimbang tara dalam pikiran sama itu pujian atau kejian. Tapi pikir tu orang kabir biar positif ye dak. 
Kira
 dalam hati tu kembang kuncup la jugak mak jemah ni kena puji . 

“Hekeleh sedap je menekanye.Kertas pasir la, sugar daddy la. Kulit ko puteh melepak tu takde pulak aku syak ko taruk klorox buat pencuci muka. Ikut petua tok nek aku daaa. Pakai bedak sejuk sudah malam-malam  ,kos rendah , hasil pun , err, korang nilai sendiri,” sambil aku sambung hirup Teh o ais. 

Makwe-makwe itu pon mengangguk-angguk tanda setuju .
Iye , ada benda yang orang tua-tua kabor tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kan.
Ini salah satu misalan terbaik , untuk para makwe yang poket nipis cam aku , beli bedak sejuk , tempek! Korang nak cuba boleh la ye tapi no guarantee bergantung ke jenis kulit. Khas untuk makwe . Raya pon nak dekat . Petua ni petua.

p/s: sekali sekala sembang ringan-ringan kat belog ni . tak  berat sangat nak menafsir ye dak?
 

37 apprezzamento ♧:

Felly Sophia said...Reply To This Comment

Terima kasih atas petua ni, makwe. Aku cuba nanti untuk kulit aku yang kasar macam simen ni. #eh

pepol said...Reply To This Comment

risau jgk nk raya muka tgh berjerawat ni,hehehhe

eyjalukman said...Reply To This Comment

haa tulaa , org kata pakai bedak sejuk ni molek hasilnye . boleh try nnti ni. haha

ewanthology said...Reply To This Comment

kata pada mereka " kesan air wudhu' "

Maria Menado~ said...Reply To This Comment

setuju...~

Headmaster said...Reply To This Comment

kulit aku takde la mulus. tapi ramai la cakap macam pelakon korea. tak percaya kan?

Jiwa Perempuan Gila said...Reply To This Comment

awwww . classss kau miss klanika .
guna bedak sejuk gittewwww .
old skullllll . like3x

adam said...Reply To This Comment

klasik. timun tabuh sekali tak miss?

Petak Hitam said...Reply To This Comment

fuuuuh kulit halus le tu..cam pasir pantai..ye dop? ahaha

vendoline said...Reply To This Comment

hahaha guna kertas pasir mmg cruel..pkai bedak sejuk ja

Unknown said...Reply To This Comment

hahaha.. kena sedas. pakai klorox.hahaha

betullah. .saya pun nak pakai bedak sejuk la lepas ni

anamizu said...Reply To This Comment

kuno yang epic ! hehe
murah pon murah kan? :)

caliph shuriken said...Reply To This Comment

bedak sejuk mmg terbaikk, hikk..

ehh, selamat hari raya & maaf zahir batin ^^

Unknown said...Reply To This Comment

Wah...dpt catch up dgn kwn2 lama hehe....Selamat Hari Raya Aidilfitri yeah Miss Klanika!

Pondok Usang said...Reply To This Comment

Salam Aidilfitrah.. Maaf Zahir dan batin.. =)

tirahzairi said...Reply To This Comment

i like ....

ps: slmt hr rya dear

Jiwa Perempuan Gila said...Reply To This Comment

Miss .. Selamat Hari Raya :)

Faaein Talip Roy said...Reply To This Comment

selamat hari raya..

terima kasih.. sudi gak singgah ke teratak itu.. =)

نورعيم said...Reply To This Comment

mujarab eh?

tapi kulit sensitip ni susah la. huhu.

selamat hari raya aidilfitri :)

HeNRieTTa JoSe said...Reply To This Comment

Haah...btl tu....pernah pkai bedak sejuk...bila keringdia keras n tegagng jew muka...macam masker jugak...tapi dek kerana kemalasan yang melampau...rietta sendiri jarang pkai....hehehe...

Psss....beli slice je.....utk smbut hr lhir lew kekononya....

Anonymous said...Reply To This Comment

hahaa..licin selembut kulit baby gitu kan.Bedak sjuk..x suka r > <"
slmt hri raya miss klanika ^^ minal aidin wal faizin.

LadyBird said...Reply To This Comment

dah lama x pakai bedak sejuk.. tp kalau pakai mmg terasa perubahannye.. rs pipi jadi gebu gitu.. tp xtahula kot2 debu..

RIZZNA said...Reply To This Comment

Btulll btulll btulll...CiM pun pakai bedak sejuk. nak nak bila cik jer-a what menepek menyibuks...

Botak said...Reply To This Comment

agak² kalau kulit macam pelepah sawit., boleh jadi licin ke?

Unknown said...Reply To This Comment

dulu selalu amalkan...tapi lepas nenek kesayangan meninggal dunia dah tak ada orang untuk buat nedak sejuk kat sy..sedih plak bila ingat2 balik....

ZULHILMI TEMPOYAK said...Reply To This Comment

kulit kasar tp pp gebu camne ye... huhu

Amalina said...Reply To This Comment

aku pernah pakai bedak sejuk dulu,tak licin pn kulit..dah memang kulit ko licin kot..

Unknown said...Reply To This Comment

baa~ CAK!!

klu jantan bermuka turapan jalan raya mcm gua ni sesuai tak?

M Fizan said...Reply To This Comment

huhu. bahasa santai. tenang je baca. untuk makwe je? pakwe ni ada petua tak?

nxss said...Reply To This Comment

nanti aku try! wahahaha

Hansyirah Takezur said...Reply To This Comment

haha, tabik laa konsisten. pernah gak wat. tapi jenuh kot nak menempek malam2.. lol. :p

Samad said...Reply To This Comment

selamat hari raya miss

Kancil 8349 said...Reply To This Comment

sokong...Selamat hari raya

fadh leyanie said...Reply To This Comment

itulah rahsianya,tempek bedak cool..:P

adam said...Reply To This Comment

miss klanika.

Jaga diri bebaik. Sejak2 nak masuk unibersiti nih. Kemain lagi. Lesap terus die. Hehe.

Moga jalannya nanti dimudahkan di sana kelak.

-meeSUPERGIRL- said...Reply To This Comment

yg pnting air smayang tu .. berseri2 lah mukaa

Bitt (double IS) said...Reply To This Comment

bagus gak petua nih :)