Monday, July 9, 2012

cursing ***** hospital



Berbaki sisa panas hati yg masih membahang ni , mulut dah terkumat kamit , jemari pun mula main peranan.
Straight to the point, apa masalah dengan hospital government ni haa ?
Ini bukan pertama-tama kali aku kena layan macam pendatang asing kat negara sendiri .
Servis lembap tu biasa la , bukan sorang je pesakit kan. Ya itu aku paham .
Silap bagi ubat? itu bukan isu baru .
Aku nak kabo ,membe aku ni dulu dia atlet , kemain lagi acara pecut dia la ratu . Satu hari kaki dia terseliuh .
Pergi la ke hospital sekian-sekian ni untuk check , doktor pun bagi lah ubat .
Dia makan kaki takda pun sembuh-sembuh . Seminggu kemudian pegi balik rupanya dokter silap kasi tanskrip, rupanya tu ubat sembelit !
Tolong la ada la sikit kualiti dalam tingkah laku , ini tidak , tabiat dah kot mengherdik pesakit.
Yang aku baru kena tadi diherdik –dimaki oleh seorang doktor wanita atas sebab yg tak relevan katanya aku tak sihat-sihat asyik kena jumpa dia sebab tak reti nak dengar nasihat dia .Hari tu cakap lain,hari ni bunyi lain pulak, lagi pon tu memang tugas kau kan doktor ubat kan orang sakit !
Buat main –main je kan layan pesakit . Aku takda la pulak mengeluarkan fatwa yang hospital swasta tu bagus sangat yang amat-amat bagus akan tetapi setakat sekarang ni aku lagi puas hati ke hospital swasta.
Respons kengkawan aku bila aku ungkit isu ni ,

“minggu ni 2 kes dah mcm ni.. member aku ayah dia eksiden, hantar hosp gov, depa tak layan.. teruih anta swasta..”
“can't agree more. tp kt sabah sarawak, hospital kerajaan sana layan mcm hospital swasta sini. seriously.”
“susah nak ckp. mental org government kt sini quantity gaji over quality keje.”

Mungkin sebab hukum alam memang macamtu.
Bila kita terpaksa keluarkan lebih duit untuk sesuatu , hasilnya lebih bernilai dan berkualiti dari benda-benda free dan murah.
Memang semua orang buat salah dan silap , tetapi soal nyawa manusia bukan kau boleh buat pertaruhan .

67 apprezzamento ♧:

adam said...Reply To This Comment

Sebarkan cinta,
Lupa derita,
Tinggalkan senyuman,
Terbitlah ketenangan.

p/s. Pasang ambi pur di hospital. Iklannya dulu sebut tukar kekalutan kepada ketenangan. Hahaha.

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

ni polisi baru ospital ke apo . mood bengang di ospital disuruhnye pasang ambi pur pulak . adehhh, lu ni .

adam said...Reply To This Comment

ahaha. Haruslah. Baru doktor2, nurse2, abang2 ambulans, makcik2 kantin, pekebun2 hospital semua bekerja dalam ketenangan. Jadinya tiada marah2. Tiada gundah2. Pesakit suka, cepat sihat. Sebab sihat, bloeh pergi kerja, ekonomi membangun, negara maju, rakyat makmur, keluarga bahagia, sahsiah terbentuk, jiwa gembira.

Punca? Ambi pur.

Huehuehue

Akmal Hadi said...Reply To This Comment

sabor ye..haha

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

adam paling bersemangat skali ngn entry nie . heehe . baiklah pasni rekomen ambi pur kt ospital ye.

Aku said...Reply To This Comment

hospital kerajaan kt sabah better dr segi layanan, tapi lain pula masalahnya. Selama 2 minggu saya kt Hospital QE 2, saya sampaikan x tahu doktor mana yg merawat saya sebetulnya, terlampau ramai doktor. Lepas tu bagi medical advice yang salah sehingga menyusahkan saya, kononnya saya kena rest 2 bln tapi rupa2nya bila saya rujuk 2 pakar di semenanjung, saya memerlukan 3 bln. Bila discharge diorang lupa bagi mc, bila mintak diorang bagi mc setakat hari masuk hospital sehingga hari discharge.Nk buat menatang apa mc sampai hari discharge je, sedangkan discharge note dah ada. Diorang bagi nasihat kena rest sampai 2 bln tp mc tak nak kasik, apakejadahnya mcm tu. In the end, I hilang 9 hari mc sbb mc yg dr doktor kt Semenanjung cuma bermula dr hari follow up saja iaitu 9 hari lepas discharge. Sakit hati jadinya sebab menyusahkan org sampai HR query. Nasib baik la kat discharge note tu ada tulis bone fracture, kalau tak mesti diorang kata tidak hadir bekerja tanpa notis.

Cendol said...Reply To This Comment

mmg kebnykn hospital gov. mcm tu..kalo swasta mmg depa buat elok2 sebab depa tak kira yg dtg tu sbg 'patient' semate ..depa tau yg dtg tu bersame duuuittt

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Aku lorhhh cenggitu pulak jadinya . baru nk puji hospital gomen sabah .

are_lin@yu said...Reply To This Comment

ada jgk ayu dgr cam gini..tp blm alami sendiri lah...huhu

adam said...Reply To This Comment

yearghhhh!!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...Reply To This Comment

xpernah lagi alami situasi mcm ni tp penah dgr juga la :)

eyjalukman said...Reply To This Comment

stakat ni tak pernah plak lg kena hal2 cmni kt hosp gomen .klu lmbt tu biaselah sbb org ramai kn. tu msti doktor tu yg sakit kot . haha harap2 takdelah kena layanan yg tk baik .

Unknown said...Reply To This Comment

senang je nak diamkan mulut dorang ni. duit gaji dorang siapa yang bayar?? hasil daripada duit kita semua tau,yakni rakyat Malaysia. yang gomen kutip cukai tu cukai ni, tu termasuklah nak bayar gaji dorang. yang dorang nak buat taik kat orang yang bayar gaji dorang ni kenapa?? aku pun kadang2 berbulu jgak dengan kakitangan2 hspital kerajaan ni

Unknown said...Reply To This Comment

hmmm aritu pun kwn sy ngadu dia baru lepas bertekak dgn nurse...kwn sy tu tanya elok-elok kat nurse tuh, tiba-tiba dia kena herdik...haihhhh

PCL said...Reply To This Comment

kakitangan hospital gomen jer ek...hehe.

ewanthology said...Reply To This Comment

nak bayar murah, dapatlah servis mcm tu... tapi kita tiada pilihan kan.

cryclown said...Reply To This Comment

hehehe...'tempat belajar bersabar:)

undilah bukan kerajaan sekarang..
kikikikik:P

si kiut lavender said...Reply To This Comment

diakui byk kakitangan hospital gomen yg servisnya ditahap xmemuaskan
bila komple tau plak nak marah
yup, xsemua nurse n doktor buat prangai macam tu tapi bila dah sorang dua buat prangai jadi org tgk smuanya slah.
nurse n doktor 1 keja yg mulia.jadi kenalah ikhlas buat keja tuh sebab ianya berkaitan dgn nyawa...=)

faizal mohd said...Reply To This Comment

biasalah hospital gomen.

tak menang tangan katanya. hurmmm..

Scha Nazri said...Reply To This Comment

tak semua hospital gomen macam tu. Ada certain sahaja. Servis lembap dan takde budi bahasa. Maybe sebab dorang tension kot ramai orang.

Nong Andy said...Reply To This Comment

Kat sabah, masa cek mingguan baby saya. masa tu masih baby la.. sekarang ni bukan baby lahi huhuhu
ada masa ok.. lembut.. santun.. tapi bila dah ramai org.. muka masam, santun pun hilang. patang kita lmbat sikit nurse tu dah hangin satu badan.. oh! ya.. mereka pun manusia biasa. bila penat mereka jadi kurang professional.. tu jer yg saua dpt simpulkan.

Nong Andy said...Reply To This Comment

a.. sori. byknya typo komen saya tu :p

miss Fyqa said...Reply To This Comment

sabar bebnyk ye :)

Anonymous said...Reply To This Comment

bakor je...hehe..dah mmg cmtu kot yg gomen2 nyh..kalu duit bnyk p swasta ajela ye.. =)

JR said...Reply To This Comment

Hospital kerajaan jadi macam tu bukan apa, staf, terutama peringkat atasan tak cukup. Cuba tanya doktor berapa ratus org dia layan hari tu...Bukan saja pesakit yg tak puas hati dgn hospital kerajaan, tapi doktor yg bertugas pun tak puas hati juga kerana doktor tak cukup dan mereka perlu melayan ramai sangat pesakit hingga seorang doktor pernah mengadu dari pagi sampai petang dia tak sempat makan pun. Lama2 doktor pun boleh sakit!! Apa nak buat kerajaan kita lebih utamakan benda lain dari kesihatan rakyat....

نورعيم said...Reply To This Comment

sy takde pengalaman kena mcm ni tp kwn2 selalu ckp dorg kena.

even mak pun penah kena dgn dokter pelatih. hmm, seyesli, takde nilai murni dlm diri dorg.

belajar tinggi2 tp sygnya takde budi bahasa.

The Fakhirin said...Reply To This Comment

bhaya tu..kna report kalo cmni.

nuyui a.k.a miss YUI said...Reply To This Comment

xtau nak kata apa coz x alami..moga ada pnmbhbaikan segalanya.

Lysa said...Reply To This Comment

kalau servis lambat mase bg tunggu ubat tu biasa. sebab dari ape yg dibaca, lepas pesakit tu di check, tempoh nak sediakan ubat nak bg kat pesakit tu setengah jam. so pharmacist mmg akan ambil tempoh tu to give the right medicine. but ade je yg bg ubat awal dari tu,terpulang. hosp swasta mmg lagi terbaik servis dia (Y)

|| A r a W a n i || said...Reply To This Comment

betei la tu..
mahu lebih, bayar lebih.
Pfft~
Habis tu mcm mn klau kerja sekadar ckup mkn?

miss yatie said...Reply To This Comment

tak dinafikanlah...sesetengah hospital kerajaan macam tu, tapi setakat ini,Alhamdulillah KY tak pernah pulak alaminya..

kalau hospital swasta, memang layanan bagus, sbb satu, kita bayar mahal

vendoline said...Reply To This Comment

haha kadg2 dokter pon ade mslah..lritu kawan aku dokter gak, dia bagi ubat lain kat pesakit..esoknye pesakit tu dtg balik.hahaha kesnye dia sakit mulut so mlas berckap ngan pesakit.,.,hahahahaha

J.Syazwana said...Reply To This Comment

ikot hospital jugak kot. kadang2 ade yg swasta ni tak okey. ade yg gomen okey. maybe ikot dokter jugak? hehehe

msredcheesecake said...Reply To This Comment

DORG KEJE PENAT GAJI KECIK... LEPASKAN MARAH KAT KITA... CAMNE?

sudipVSsenduk said...Reply To This Comment

setiap 3 bulan kena 'lapor diri'... malas nak cerita, buat sakit hati je. Kalaulah akak ni ber$, dah lama babai pada spital gomen.. huhuhu

MizzTina said...Reply To This Comment

servis sgt teruk.. pengalaman sy, g hospital, nk checkup.. tetibe dia kabor "kat sini utk org eksiden, nazak, yang xboleh jalan, sy tgk awk ok je, pegila klinik biasa".. memang vavik la kabor gitu.. sound balik, "jangan sampai sy buat makcik xboleh jalan ye".. then terus blah

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Edy Fee pelik betul kawan engko ni eddy , dokter jenis apo pesen tu. hehe

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@MizzTina hahaha ! mizz tina , i like your style . patut engko jgn kabor aje . engko buat betei-betei. tapi tak manis la pulak ye dop ?

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Boni JLL3 first time , brader boni kacak bermosi di entry gue .

Ardini Humaira said...Reply To This Comment

seriously gomen hosp ni kebanyakan doc+nurse buruk pangai. keje makan gaji, kan... tak semua... tapi ada antara diorang... memang geramsssssssssss

Unknown said...Reply To This Comment

hmm.... mang selalukan dengaq macam tu kalau kat kinik/hospital yang dikendalikan oleh gomen.. huk3..

nuranne said...Reply To This Comment

Selalu dengar cerita2 dari gov agency. It's true. But so far, xpenah lagi kena kaw-kaw dengan staff diorang ni. Setakat service lambat tu selalulah.

Ckin Kembaq said...Reply To This Comment

ada yg betul2 bagus, ada yang betul2 tak bagus..kerja tu msti niat yang betul..bkn semata2 gaji dan kesenangan yg diberi smasa berkhidmat..kira dah langgar la tu..hmm sabr naa..mgkin hari ni hari kita, sok2 dia sakit, sapa nak rawat dia kan?..orang jugak..bkan haiwan..time tu baru Dia akan tunjuk... ^_^

Zehan Ilyana said...Reply To This Comment

hm..
saya tak suka apa2 hospital pun...

Eintan Nurfuzie said...Reply To This Comment

mm.. pengurusan x betul ni

ghost said...Reply To This Comment

mungkin kamu patut pegi hospital tentera jer. try service dowang macam mana.

saffiya_aleesya @ echa said...Reply To This Comment

naik malas nak komen pasal servis di hospital atau klinik kesihatan kerajaan ni semuanya layan macam apa je lagi..nak tnggu giliran punya laa berjam2 kalau org tu sakit nyawa2 ikan ingat dah mati dah tunggu servis punya laa lambat..benda jadi atas pengalaman sendiri dan tgk realiti dpn mata bukan ckp suka2..ada duit lebih baik pergi hospital swasta..

E'in said...Reply To This Comment

kebanyakan org keje gomen mmg mcm nie.. sombong angkuh bongkak.. huh!

Unknown said...Reply To This Comment

kesiannya...aku setuju weh.....hosp kerajaan kt Msia ni punya khidmat agak lambat...tak tau la sebab x cukup kakitangan ke apa? xpe, kita bg masa untuk perubahan...there is still room for improvement...

jaya jr said...Reply To This Comment

kadang-kadang kes macam ni memang wat orang ramai sakit hati..emm..hospital hospital..

nk komen lebih2 pon majoriti kite diberanakkkan kat hospital jugak..serba salah sungguh

Lissa said...Reply To This Comment

sabar yee .. biasa lah hospital kerajaan .. bukan hospital je , brg2 pun sama termasuklah yg kat kedai 1 malaysia tu , huhuh

Hansyirah Takezur said...Reply To This Comment

lek sis. mungkin sbb ramai sangat sampai tak terkawal. ye la. short-staff. pesakitnya ramai.

adik masuk hospital gomen hari tu oke je. superb je layanan. pergi kat gleaneagle kl tu.. haprak takmo layan. dia nk layan pangkat datuk je.

Telor Power said...Reply To This Comment

sebenarnya hospital gomen adalah yg terbaek diantara hospital. buktinya....jika hospital swasta tak temui jalan penyelesaian utk settlekan masalah pesakit..dgn mentah2nya di hantar ke spital gomen. Aku dierawat di hospital gomen sehingga sembuh.

Alhumdulillah....cuma perlu sabar saja lebih.


LEMBAB!!! itu aku akuinya. tapi nak buat mcm mana kan?



ia kisah benar, dan pernah terjadi di diri aku ini.

Unknown said...Reply To This Comment

hehe control control anger tu...nanti dikaburi kemarahan,xkemana... :)

Kucing Hitam said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Kucing Hitam said...Reply To This Comment

aku ade kawan, maknye ngadu sakit kat tulang belakang. maknye kena diagnose tumor rahim kat spital melaka. dokter pun buangla rahim tu. namun lepas beberapa lama, sakit tu tetap ada, lagi parah. pegi ppum, dokter diagnosed slipped disc. apa bodoh dokter spital melaka tu? nak buat cemane, nasik dah jadik bubur.

LidiaSuraya said...Reply To This Comment

ermmm derang nie kadang pening melayan karenah orang memacam. tapi kalo dah tak nak layan orang... baik benti keje layan anak je kan? akekekekek

Masha Meisters said...Reply To This Comment

im talking as a nurse couse im a nurse from private :)

bukan nak menjthkan gvmnt atau ape...munkin tekanan kot sbb pt in out terlalu ramai kan bbnding private...

sabar ye,manusia tu manusia biasa mungkin xdapat kawal emosinyer...huhu...pasni kalau dapat ubat dari mana2 better double check kan :)

F. said...Reply To This Comment

sebab dorang compem dpt gaji hujung bulan walau tak 'produktif' cmner sekalipon.. haihhhh

adam said...Reply To This Comment

@LidiaSuraya.

akekekekek.

Selalu gelak macam tu ke? Haha.

Unknown said...Reply To This Comment

Quantity gaji...servis tak leh blah...tensen kalu g gomen nye hospital...camtulah jgk MS skrang

Unknown said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Päk Läng said...Reply To This Comment

ghost writer : hahaha, hantar ke kem
hobart ja


ஜ miss klanika ஜ : setuju tak kalau aku cakap, perubatan itu bukan perniagaan dan perubatan adalah hak asasi yang wajib diberikan untuk semua manusia yang memerlukan?

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

tak boley jugak mcm tu paklang . dalam masa yg sama perubatan tu sendiri dah jadi cabang perniagaan bila melibatkan swasta ni . Kalo free lg teruk servis, melainkan org tu ikhlas berkhidmat .

Sarah Mohd Saleh said...Reply To This Comment

spital krajaan mmeng cemtu,igt nyawa org oleh diuek main2 agknyaaa.kot ade galang gantinyaaa

eyjalukman said...Reply To This Comment

dpt mana ? dpt mana ? hehe :)

Jiwa Perempuan Gila said...Reply To This Comment

bagi aku , layanan hosp semenanjung n borneo sama jak .
sebab time belajar lagi . semua student medic trutama skali nursing d'ajar untuk tidak memberi belas kasihan pabila melayan 'patient' .
huhuuuu ...

*behavior science