Sunday, May 20, 2012

makwe bekerjaya


Terlebih dahulu mintak maaf hari nie bukan nak menggunakan bahasa rojak,tapi bahasa cencaluk pulak sifatnya. 

Mcm berabad  lama pulak rasanya aku tinggal blog nie. Makin dibiarkan makin keterlaluan panjang pulak tahap kemalasan aku nie. Hapooo la den nie. Nak buat guano dah aku skang tgh cuti sblm nk smbg blaja ,part time la jawabnya. Diri nie bukan lahir-lahir je anak lord nak dok goyang kaki kat rumah sambil arah maid comei-comei datang hidang makanan, memang tak la. Gamaknya nanti bila aku dah Berjaya aku upah maid dak ? perihal makcik-makcik yg takut suami sekalians dikebas maid tue tak menggugat aku ,kalau isterinya dh pon cukup sempurna power segala perihal buat apa lagi nak di cuakkan ,setuju? Hue3.  

habis dh hang cukup power buat apa lagi nak upah maid segala.ce habaq mai?

Jawabnya aku malas .
Kemalasan gilaa lah aku kerja nie pon. Kerja sebab keterpaksaan . duhhhh.
Poket mintak diisi,perut mintak diisi.minyak moto,motokar,kapal selam pon mintak diisi.Tak lupa gak hati pon  mintak diisi . ehhh?

 Perihal kerja nie bukan la boleh dibawak main . Baru aku tahu apa retinya penat -lelah -keringat ,banting tulang jadahnya mencari duit. Kalau engko orang yg tak pernah bergelumang lg dalam alam pekerjaan nie ,*sama mcm zaman jahiliah aku dulu-dulu nie, mmg takkan tahu kepayahan keluar mencari nafkah demi diri sendiri. Ce  engko bayang-bayang kan sendiri tengok , Itu belum lagi beranak pinak ! 

Patut la ye dikatakan syurga seorang isteri letaknya ke suami. Dari segi ukrawi lain hal. Dari segi duniawi nie. Jadi suri rumah yg berprestij,prestasi pon bagus, cukup bulan share la pendapatan sang suami bersama-sama ye, duit mu,duit ku jua . Kata nak kongsi semua saat bersama . hehe. Tue baru heaven namanya,dapat rezeki tanpa perlu bersusah. Keh3. Habis la bakal suami aku nanti .

Hari 1st kerja aku dah catat rekod , masuk 3jam cuma , rest time 12.30 pm tak ckp banyak dh,amek beg, I quit , teros ciao. bukan sb malas tapi al-kisah bosan amat keja kat satu tempat nie. tempat ala-ala kaoru’s cake house gitu. Dah mana aku tahan. Well till now aku pegang rekod nie dulu, hold on, bak kata Tony Stark, records are made to be broken. Keh3. ;D
Esok tue teros start keja tempat baru dan syukur la,syukur mood menngila aku tak merasuk utk buat rekod baru.  kerja nie stabil,gaji pon sedap . segala yang mintak diisi tue bakal terisi ujung bulan nie. Hooyeahhh,hoyyeaahh ! itu taukeh ,auntie dan uncle pon banyak baik . dan hati aku pon banyak  senang sbb keja kali nie kat tempat beraircond sambil boleh pasang lagu kuat-kuat dan tweet tanpa henti .

Cukup la hadapkan engko orang dgn sikit cerita bosan merapu ,merampai, carca merba dr aku nie.hidup mcm seorang pencacai kehidupan pon adooo dah nie :3 . yg penting berdikari, asalkan aku pegang duet sendiri bukan merengek mintak duit ke mak bapak . sedikit sebanyak kemalasan Berjaya diatasi, pengalaman pulak yg diperolehi. Ecehhh.
Aku kira-kira nak tukar profession ke perguruan pulak la bila dewasa nanti. Muda lagi ke skang ?  =.=
Jadi cikgu. aku ajar budak2 time P&P sudahh. Takda maknanya kelas tambahan ,tuisyen bagai. Cuti dua hari weekends. Itu belum masuk cuti umum,cuti penggal persekolahan,cuti bersalin lagi. Fuhhh,untung-untung. Gaji  pon tiap-tiap tahun naik.
Ya aku Nampak segala keuntungan tue utk budak “rajin ” macam aku nie.  doakan aku Berjaya jadi cikgu ye di masa depan.dan aku pum sedar berat nanang gak tanggungjawab seorang cikgu nie.  Mohon ke diri sendiri jangan jadi mcm dlm movie GTO sudah. Kang keluar GTC pulop. Great Teacher Clanika. Keh3. Jiwa pendidik pon tarak.perosak ? ouh. It’s sooo me ;)



#mustListen – invincible-MGK ft  Ester Dean
terjumpa lagu nie time tengok wrestling . time tue john cena jemput dorang buat performance  

17 apprezzamento ♧:

FEDO said...Reply To This Comment

He2. Kerja pa ja yang halal.. All the best ye. :)

delarocha said...Reply To This Comment

x payah la pecah kan rekod yg sebelum tu ye

Romeo Laut said...Reply To This Comment

erm.. apapun, aku rasa wanita cuma ada beberapa bidang je sesuai.. tapi kira ok la.. awek berkerjaya, kurang2 tak semakkan kepala pakwe asyik nak call/sms..

Pondok Usang said...Reply To This Comment

ya betul...tanggungjawab yg dipikul harus diteruskan.. Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)

LadyBird said...Reply To This Comment

ya Allah.. panjangnye artikel.. ni bukan malas dah ni.. ni rajin...

FEDO said...Reply To This Comment

Mula mula cuba jadi cikgu ganti. Guru penganti bagi yang cuti besalin kah. Try la.Semoga successful. :)

Mr.Clive said...Reply To This Comment

goood luck cikgu-to-be !hehehe

HeNRieTTa JoSe said...Reply To This Comment

i wanna be the best fr him....

O CIKTEDDY said...Reply To This Comment

pape pon,semoga dua2 jadi org berjaya even bukan dgn kerjaya,jadilah org yg berjaya utk dunia n akhirat =D

Boni JLL3 said...Reply To This Comment

hahahaha.. ok2.. semoga berjaya di dalam apa2 pun yang awak ceburi k.. :)

Cik Yatt said...Reply To This Comment

smoga sntiasa sucsess...!

~SaL IjOu~ said...Reply To This Comment

cikgu skrg da x mcm dolu..beban keje bertambah..cabaran pun lagi besar~ =)

Amanina said...Reply To This Comment

kerja baik2 :)

CikMai said...Reply To This Comment

perghhh cikgu gagah.haha

miza kimbum said...Reply To This Comment

wakaka XD hrpnye jgn pecah rekod yg x semegah tu lg sudah XD

Mooniqueen said...Reply To This Comment

Dlu time sekolah memang tak minat jadi Cikgu, bila lama2 baru tau best jugak jadi Cikgu ni... Gud luck dear...

Aliff Haikal said...Reply To This Comment

HAHAHAHA boleh pulak 3jam je kerja . awesome :D