Thursday, April 26, 2012

road to nowhere


Entry kali nie tanpa emosi

Ngantuk betul hari ni. Beberapa hari ni aku buat part time jadi cat woman. Kira malam-malam tue tak tido la. pegi menolong apa yg patut. Tolong apa? Tolong member siapkan esaimen . Biasa la jenis buat kerja last minute, time tu baru nak terhegeh-hegeh dgn final yg dh menjelma, tu makan dia .
Huahhhhh!  *menguap sambil telan popcorn. 

Nak kasi tahu sikit la engko orang , setelah setahun berhempas pulas , memerah keringat , menyibukkan diri dengan benda-benda perihal education ni ,final pon tanpa diminta –minta datang menjelmakan diri ,of course dalam bentuk papers kalau dalam bentuk pampers ke boleh gak aku kasi ke anak saudara aku tue pakai . aku dah gelabah puyuh apa benda mau tulis ke skrip jawapan tu dan hasil otak aku yang separa geliga ni tamat jugak pengajian aku. 





Bertemu dan berpisah tu adat la.
zaman tadika dulu kau pergi tadika ikat rambut ala-ala sailormoon last-last kau berpisah jugak dengan teman sepermainan Barbie, batman ,goku ,  kau tu.
Masuk sekolah rendah mula-mula menangis bagai nak rak, *kecuali aku. Jenis takde emosi di zaman kecik.
In the end habis upsr sekolah ke mana apa ke mana gak .

Tapi bila masuk zaman sekolah menengah boleh la kau sifat kan sebagai satu zaman peralihan .

Zaman kau kenal apa itu erti teman sejati

Zaman kau kenal apa itu backstabber.


Zaman di mana kau cuba mengesahkan teori Darwin tu betol bila-bila timbul bibit-bibit cinta monyet. Padahal kau elok je manusia. 

Biasa la zaman budak-budak  baru nak up katanya 
Senang cerita macam ni la. Aku nk cakap zaman persekolahan adalah satu zaman yg sangat best. Sebagai seorang peminat zint maka wajib la aku merasa zaman persekolahan aku best atas sebab musabab hidup aku yg macam K O Queen kat sekolah. Hidup dgn member-member. Engko orang jangan nak pikir aku nie jenis kaki pau, pembuli tegar atau kaki tuang sekolah pulak. I mean hidup bahagia aku bersama teman-teman, melepak seperti gadis yang lain . Aku juga pernah merasa zaman tangkap cintan dengan senior sambil tersenyum sipu-sipu puyuh acap kali terselisih. Malu betul bila kenang balik. Macam bangang. 

Zaman muda belia zaman kegemilangan purba kala makin dikenang makin bongkak pula aku nanti baik jangan start bukak cerita. Bukan apa sedari diri ni takla baik mana ,lagi nak semai sifat mazmumah yg lain pulak makin hitam kang hati pelangi aku ni nanti. Tapi tak kesah mana,yg berlalu biarkan berlalu. Ecehhh. Tak biasa aku buat ayat geli – geli serupa ini. Dan itu satu lagi perpisahan yg kasi tamparan hebat ke aku. Berpisah ngn teman sehidup semati yg pasti bukan sekubur. Aku ni budak hostel ,lagi kan namanya SBP so 5 tahun tu adalah yg paling bermakna dalam hidup aku. Dan itu kisah dulu.
And now finish with my foundation in accounting .

Sekali lagi perpisahan yg melanda. Lelah la.Mat indon cakap ,gua udah capek banget . aku malas nak emosi lebih-lebih nanti kau orang ingat aku bukak slot akasia versi blog pulak. . Hurmmm ! *lap airmata. Ehhhh lap peluh. Panas betul hari ni.  . . 

Farewell I’ll miss you all , im sick of this goodbye .

Harap-harap dapat offer letters yg best2 kot ye pun nk further studies nanti kan. Buatnya sambung studies kat oversea aku tak menolak. Cuma mohon Tuhan ketemukan aku dengan teman yang baik-baik seperti mana aku dah dapat sebelum ni.  *tadah tangan cepat aamiin kan untuk aku. I said, please.

Bercakap tentang masa depan aku sungguh berdebar menanti kemunculannya. Kali ni nak menjelma dalam bentuk apa pulak? Mohon dalam bentuk gula-gula kapas. manis sikit nak telan  ye dak. 

Tired and lonely still we stand
On a road to nowhere
Trapped in a world of endless days,
My engine's stalling (Road to nowhere)
Body and mind are breaking down
On a road to nowhere
Destiny silent, hear no sound
As I wait forever...


Baik aku nak ciao dulu. teringat pulak yang aku kemain lagik ber cat woman tue bukan apa, sempena mood avengers . sebut pasal avengers ada dua benda buat lintas langsung ke otak aku .
Avengers – movie yg bapak best sedang main kat wayang sekarang
Avengers – mesti semua avengers tak sabar nantikan kemunculan avenged sevenfold nanti kan. Me too !

27 apprezzamento ♧:

Noor Maizan said...Reply To This Comment

ahaaa zaman skolah mnengah saya teruk , budak asrama...huuhu

si kiut lavender said...Reply To This Comment

yeah2..
amin aminn...

kita pun tengah berdebar nak tunggu apalah yang akan jadi masa depan nih...

entah...kosong lagik nih...wuwuwuwu

Lysa said...Reply To This Comment

memori masa tingkatan 3 paling best. kawan2 semua rapat sangat,lelaki perempuan hmm. sekarang hmmmm....sedih pulak T__T

BidadariBesi [SYAA] said...Reply To This Comment

Avenged Sevenfold?
Pergi ke Ahad ni?

-eim- said...Reply To This Comment

good luck la yea..pray for the best~~

btemu bpisah..biasa r tu..^^

Zarith said...Reply To This Comment

ouh..baru habis asasi ya..bagus..gudluck ke peringkat seterusnya..

Sarah Mohd Saleh said...Reply To This Comment

wahh tahniahh lah terr kau sudah grade.aku nihhh sket mse jek lagi..haihhh.lmbt sungguh..tp zmn sekolah aku xbrape hot sgt zmn uni aku br cambesttt.

p/s: avenger super duper awesome okeee.plus lawak gileeee

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Bidadari Besi kalau ada partner mebi join.

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Zarith macehhhhh. doakan yup.

ஜ miss klanika ஜ said...Reply To This Comment

@Sarah Mohd Saleh ouh u mean movie avenger. dh tgok ea. tak tgok g . bakal nyusul.

Ezad Skytech said...Reply To This Comment

masa zaman sekolah menengah dulu mmg best kan..byk sangat memori...rindu sbb da lama tinggalkan zaman sekolah..

> The Avengers...cepat2 g tengok...:D
> A7X..one more day...yehaa...(^^,)

Unknown said...Reply To This Comment

wahhh.. bagus juga ceritanya...
sukses selalu...

Rowena Zainuddin said...Reply To This Comment

I'm wishing u all the best dear :)

Sarah Mnasir said...Reply To This Comment

wah da grad best nye.. tahniah ye:)

ReramaBiru said...Reply To This Comment

~wah.zaman sekolah mmg tiada tandingan..terbaik..hehe :)

syafiqa said...Reply To This Comment

zaman kolej byk mengajar aku segala
galanya.serius.skng aku da mtg.mungkin :p


beb,lama la xtgk wyg :'(

Shazwina said...Reply To This Comment

Pengalaman mematangkan diri. Maybe? Hehe. Btol la, masa sekolah, cara sekolah. Dekat U lain pulak gayanya kan. Mcm-2 org akan kita jumpa. Btw, follow u. suka baca entry blog ni. Santai ja. Best :)

YattAkasah said...Reply To This Comment

rindu sekolah..huhu

Unknown said...Reply To This Comment

amin..semoga segala2nya berjalan lancar tanpa ada masalah ye.. semoga dipertemukan dengan teman2 yang baik juga..amin

NIZAM said...Reply To This Comment

gud luck. foundation buat kt mn? [tny sbb ni first time komen kt blog ni. so, taktau la plak previously stories]. smoga berjaya ke uni yang anda idamkan.

:)

p/s: zint? layan gempak starz ek? utopia kan? haha. :p

Nina Mads said...Reply To This Comment

Salam..Hye, tengs sbb komen kt blog sya haritu.

biasa lah peralihan dr alam kanak2 ke dewasa :)

cik LOLA said...Reply To This Comment

zaman skola aku best! haha, tahniah la da abis belajar. aku jugak yang tekedek2 nak abis kan study

btw avanger mmg OHSEM!! :)

shahrazali said...Reply To This Comment

bertemu dan berpisah adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati tidak lupa,,,berdoalah kita gar aman dan sentosa, semoga kita berjumpa lagi di lain masa...

(pernah nyanyi lagu ni masa skola??hahaha)..

zaman skola sy pun best...sbb nakal giler..rugi klu sape2 xde penalaman best dan nakal kt skola...

Unknown said...Reply To This Comment

aaa...sebak membaca post ni..kenang kembali segala yang telah berlalu...

[sutera kasih] said...Reply To This Comment

masa berpisah sedih bagai nak rak..nangis teresak2..

tp bila dh berlalu masa tu, ok sudala..cuma RINDU huhu

Eera Shera said...Reply To This Comment

zmn skola mmg best ;)

Unknown said...Reply To This Comment

jemput join my GA

http://mtlurvehanna.blogspot.com/2012/04/birthday-giveaway-by-hana-radzi.html