Sunday, April 22, 2012

musicalità


Aku dan music player  nie dah macam kembar siam versi tak masuk akal.Hari-hari aku tak boleh hidup , macam lalok pon boleh jadi kalau tak dengar lagu. Nak study dengar lagu, bangun pagi pasang lagu , tinggal time lepak-ing je kot yang tak dengar lagu bagai nie dengan beranggapan itu dah melanggar  tatasusila dan etika melepak bersama teman-teman. Maunye aku dicop jenis yang tak reti bersosial nanti tak ke terasa lifeless lagi restless hidup ni. Aku ni pulak azali jenis minah yang bapak feelings bila dengar lagu-lagu nie terutama lagu-lagu yg ada sentimental value gitu.Jadi tak dapat pulak la aku nak bayangkan tengah melepak di kedai mamak tiba-tiba terpasang lagu celine dion boleh meleleh aku kat situ. Tak ingin dilabel sbg makhluk jiwa-jiwa jadi elok la aku dengar lagu kena pada tempatnya ,ye dak.

Aku takde spesifik kan sangat la jenis lagu yang aku minat , layan je semua asal nyanyian tue bukan lah lagu-lagu jenis lirik direka secara membabi buta , yang kalau dengar bukan menenangkan malahan lagi membengangkan ada lah. Contohnya aku sangat bersetuju bila saudara Matlufi dengan slumber iguananya condemn lagu berdua bersatu. Aku rasa melody ,rythym nya takde masalah. Mungkin la. tapi liriknya dah macam . . .  ,ok I’ll leave a dot there. Plus aku pulak memang tak terpanggil sgt nak melayan lagu-lagu meleis ni. lantas aku klasifikasi kan lagu tu sbg lagu yang motifnye terumbang ambing , perlu pembaik pulihan lagi.



Bagi aku music itu seni. Gubahan lirik-liriknya yang indah boleh membuai-buai perasaan engko orang tatkala dilamun cinta . tapi sebaliknya boleh jadi membawa musibah jugak kalau engko orang baru je putus cinta ,tup tup bukak radio pulak lagu – lagu serupa cilakak dimainkan. Maksud aku lagu yang salah timing dgn mood engko orang.
Macam bila kau baru je kena dump ,gara-gara sang kekasih khianat , terkantoi (dan lagu zee avi mula terdengar di ruang fikiran ) ,bermain kayu tiga , kuda kayu dan sebagainya, alih-alih kau pun buat la drama lari masuk ke kereta ,air mata pun dah mcm empangan pecah,tak dikawal-kawal lagi, bajet bawak kereta tue pn serupa orang dah ilang pedoman ,bukak radio dgn harapan nak tenangkan hati tetiba terputar lah satu lagu 6ixth sense  - tak bisa memilih dirimu,ouh man ! kau tukar channel, damn, everytime –britney spears. Memang la sgt mencabar kesabaran dan keimanan diri . aku tahu ,aku paham sangat dah.  . .
time tue terasa ada betiknya kata-kata Yuna.
 
“dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku ,pabila kau bersama yang lain”

Sebab tue aku cakap gubahan lirik tue seni terindah. kadang-kadang  dari real life pncipta lirik yang boleh jadi dekat sangat dengan kehidupan kita. Bukan la tahyul atau mitos tapi masuk akal jika aku cakap kalau kena pada  lagunya dan bait-bait liriknya,lagu  tu sendiri macam speak out apa yg tak terluah oleh hati kita. Macam aku sendiri, sedari diri nie takdela berbakat seperti  David Hodges atau JS Kevin atau Ahmad Dhani.Tapi kekadang aku selalu bermain dengan lirik untuk expresskan apa yang aku rasa. Tue pasal la tangkap leleh ,feelings gila-gila batak punye time dengar lagu. hehe . Mohon memahami ye.
Itu bagi akulah. Tentang muzik dan kehidupan . Muzik itu seni . Bagi engko orang amacam pulak ?

Musicalità – melodic quality,musicality ,tentang muzik dan sesuatu

18 apprezzamento ♧:

ZYASH said...Reply To This Comment

zy tgh mencari mp3...sunyi hidup sebab mp3 lama rosak over charging...huw...huw...huw...

eyjalukman said...Reply To This Comment

layan lagu2 pape pun boleh je. tp klu kita kurg lagu yg akn mmbuatkan headbang pd dri sndiri. haha

CikMai said...Reply To This Comment

aku layan semua jenis lagu ... dari segoyang2 LMFAO sampailah selembut2 nasyid inteam tu.muahaha

EZAD AMIR said...Reply To This Comment

kan...
=D

tp JS KEVIN tu mmg berhantu lirik2 n lagu yg dia buat...

Meh aku suggest lagu oversea lak...
dri Mecano...
"hijo de la luna" a.k.a song of the moon....ekekekeke...lirik dia cam gampang,tp music dia leh jd lulaby tdo.=)

Novelgurl said...Reply To This Comment

haa,,same r kite tuu..hehe

Boni JLL3 said...Reply To This Comment

awak betul2 memahami seni muzik kan.lebih daripada orang yaang sepatutnya..saya kagum dengan awak..

Tasha said...Reply To This Comment

pena jugak gile dgr lagu, tp tru hp la...

hehe, skrg kureng dah

p/s : mls lyn lagu melayu skrg. huuu

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...Reply To This Comment

aku pon xtau ak minat lagu jenis yang cm ne.. kalau sedap didengar layan kn aje... hehe

i luv u said...Reply To This Comment

musik tk kn prnh mati,,,
setujuuuu???
setuju...:D
okey lh...

Cik FaRiZaM said...Reply To This Comment

salam singgah n follow sini

dr
http://afasz.blogspot.com

Amirul Verdasco Nadzri said...Reply To This Comment

aku prefer muzik banding dgn lirik..sbb tu aku dgr lagu omputih, spanish, korea, jepun, filipina dan negara2 yg aku susah nk phm lirik, tp muzik die mntp pd gegendang telinga aku...

kalo aku da gian ngn lagu tu, bru la gugel lirik/translation die..huhu

pd aku, lagu yg serius hnya dinyanyikan/dimainkan oleh penyanyi/musician yg serius.. bkn stkt satu lagu terus padam.. adios..

Sarah Mohd Saleh said...Reply To This Comment

time kau masturbate kau denga lagu x?huahaha.soklan ini sntiase bmain di gawang pkran aku spjg aku bc entry kau.huahah

Ezad Skytech said...Reply To This Comment

sy tak kisah sgt lagu apa pun..asal sedap didengar je..layan je..:D

P.S - sy mmg pergi konsert A7X tu nanti..hee~

Eyka said...Reply To This Comment

aku suke music sgt! sameeee..hehe:P

Anak Gila Online said...Reply To This Comment

wahhh, manteb banget nih sobat.. :)

nice post...

*menerima kunjungan balik

Rowena Zainuddin said...Reply To This Comment

We have the same interests.
Aku pon dengar any kind of music yg penting mmg masok dgn aku.
:)

The7Bloggers said...Reply To This Comment

Hehehehhe judulnya keren, bahasa apakah itu? :)

NIZAM said...Reply To This Comment

suke muzik. tu sbb suke dgr radio. n kalo muzik tu best, mesti nak cari lirik tu. dan setuju, lirik2 lagu tu adakala macam kata hati kita yang tak terluah kan. macam reflection dgn apa kita rasa.