Monday, April 16, 2012

in persona



berbicara tentang aku

seorang gadis punya perwatakan cukup biasa

seperti manusia normal yg lain jua

ketawa bila mendengar jenaka

tersenyum bila dipuji

menangis bila disakiti

melawan apabila ditindas

bezanya mungkin aku kadang terlalu bersikap feminista

lemah-lembut , bersopan – santun , berbudi-bahasa

benar ciri ketimuran itu harus dikekal kan

tapi bila sampai masa aku dianggap lemah di mata mereka kerana zahirku yang lembut

aku percaya akan

azali diri ini perlu dirombak semula

tetapi tidaklah secara keseluruhan

biar tetap luarannya kelihatan cantik seperti Kristal

berbentuk sangat geometris

tetapi isi dalamnya padu dek

atom-atomnya yang tersusun dalam sebuah kisi-kisi Kristal

atau mungkin juga lebih baik sebatiannya besi atau batu

kelak sukar untuk dipecahkan.


*in persona - tentang diri

3 apprezzamento ♧:

EL MARIACHI said...Reply To This Comment

tq visit my blog....

Mr.Clive said...Reply To This Comment

kekalkan laa sikap feminista tu...itula kayu pengukur seorang wanita...

Cikli said...Reply To This Comment

sepadu graphite atau intan