Showing posts with label luomo. Show all posts
Showing posts with label luomo. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Buaya Mixed-blood


Berada di tempat baru , semuanya terasa baru , padahal dikelilingi bangunan usang . Dan tak menjangka sebenarnya untuk bertemu buaya lagi di tempat sebegini . Meskipon telah aku pesan pada diri , kau kalau nak jumpa buaya bukan kat sungai ,bukan kat zoo je , shopping kompleks pon penuh buaya . inikan lagi bila jalan sorang-sorang nak ketemu buaya ? ahh benda biasa la tu Gadis.

Pertemuan pertama , impressi pertama aku yang jatuh ke dia ialah ,
“Jambu sial romeo , geli . ”
Namun si buaya ini tak pulak putus-putus memberikan sedekah melalui senyumannya itu .
Aku bukan sebarang gadis yang takat leburnya mudah dicapai . Namun aku juga bukan seorang gadis yang kasar , atau sombong , sebaliknya soft spoken gitu dan mesra orangnya. Haha . Lah orang tak percaya kita jumpa depan-depan la baru cakap .

Pertemuan pertama secara kebetulan , hanya dia yang mengetahui nama aku . Kali kedua ketika aku bersama member-member ,sekali lagi kami dipertemukan . Makin rancak nampaknya dia memulakan sesi pengenalan. Dan malam itu juga BB ku berbunyi tapi sayangnya bukan bbm sebaliknya text message. Ok rasanya lagi cool kalau beliau pon BB user kerana mungkin peluang beliau untuk menjalankan misi lebih tinggi .
Baru 2 kali pertemuan boleh pulak nak confess , “saya suka awak “,“awak saya memang ramai ‘kenalan’ perempuan tapi saya terasa nak serius dengan awak .” “awak , kenapa ea ni pertama kali saya rasa betol-betol lain dengan perempuan” , “awak saya akan buktikan yang saya serius”
Aku hanya memandang BB dan tersenyum sinis . Terang-terang dia mengaku sifatnya .
Dan acara memancing atau mengumpan ini berlangsung selama beberapa minggu dan sekarang sudah cecah bulan. Sehinggakan satu pagi aku menerima mesej seperti kebiasaan ,
 “awak,saya rindu awak . ” Lahaiii . memang pesen tak reti nak berputus asa gamaknye.

Dan seperti biasa aku tidak memberi apa-apa reaksi .Hendak dilayan kang dicop kasi harapan pulak ye dak?

Sehinggalah tengah hari itu juga aku nampak buaya yang sama , buaya mixed blood berambut kpop ,sedang mengedate dengan seorang perempuan lain .Bertudung labuh . Amboi ,tukar selera! Agak-agak la bro nak try pon . Rasa cam nak kasi pelempang je.

Saat bertentang empat mata , si buaya dah tak keruan , aku memberikan senyuman paling ‘manis’ sambil berlalu pergi dengan ayat , “Gonna ‘miss’ you too ”.

Thursday, July 5, 2012

Luomo ilfèrno

Ayat kau manis-manis belaka ,
alah manis raut wajahku dari butir bicara mu,
bila kau mula tayang perangai celaka,
aku berlalu sebelum timbul rasa jemu.

Time ada tak tahu-menahu nak jaga ,
bila dah hilang terhegeh-hegeh nak kembali ,
lu ni dah kenapa ?
sawan babi barangkali .

Hari-hari menguntum senyuman,
bahagia hati tak terperi,
aku sudah temukan kebahagiaan,
kau masih tercari-cari, garu sana, garu sini




*ilferno – , tidak berguna, syialan
*luomo – aku dh penah kabor dulu . cari kat entry lama