
Dalam dua tiga hari ini aku dah mula rasa tenang
Hati menjadi selapang hamparan padang pasir
Biar kelihatannya kosong di pandangan mata
Tapi tiada yang mampu mencemari pemandangan itu
Hati menjadi setenang biru nya laut
Biar kadang ia berombak namun itulah jua sebenarnya kehidupan
Ada pasang surutnya
Benar hujan takkan selamanya turun
Matahari takkan selamanya bersembunyi
Tatkala hadirnya pelangi mula menghiasi dada langit
Satu lafaz syukur mula meniti di bibir
hari ini,esok dan semalam takkan mungkin serupa
namun
semalam tetap akan menjadi guru terbaik buat ku
agar aku bisa mengorak langkah baru pada hari ini
meneruskan sebuah perjalanan untuk hari esok yang belum pasti
Cuma satu kepastian ku
aku percaya akan apa yang telah direncanakan oleh Sang Pencipta
adalah yang terbaik untukku
*tranquilita-calmness
7 apprezzamento ♧:
semalam menjadi guru sejarah
besok menjadi guru motivasi
hari ini menjadi guru matematik (kena kira bajet)
esok mungkin tiada kerana esok adalah hari ini... bersedialah hari ini kerana yang ada hanyalah semalam..
hari mendatang adalah lebih baik dari hari yang lepas. :)
hadapi dengan senyuman
teruskan kepercayaan itu..kau harus yakin segalanya adalah yg terbaik untuk kamu.hidup ini nikmat yg dan dlmnya terkandung ujian yg besar.
ak juga pggemar teh o ais.
terus bangun dan usah mengalah.
takdir yang esa ada hikmah.
life goes on.
never give up ya!
follow u :)
Post a Comment